Skip to main content

Movie Lagenda Budak Hostel | Tayangan 12.9.2013

Lagenda Budak Hostel 2013 | LAGENDA BUDAK HOSTEL arahan Ismail Bob Hasim bakal menjengah pawagam berdekatan anda 12.9.2013 (Esok). Filem komedi romantik yang mengisahkan gelagat pelajar hostel atau asrama iaitu Along Cham sebagai Kodan dan Along Eyzendy (Put) yang melakonkan watak pelajar tingkatan enam dan senior di sekolah berasrama penuh yang terpencil di sebuah pekan. Gelagat mereka cukup mencuit hati



lagenda-budak-hostel

Sinopsis :

Seroja (Nora Danish) adalah anak gadis Cikgu Angah yang jelita. Justeru, dia menjadi pujaan ramai di asrama itu. Jadi, bagi mendapatkan perhatian Seroja, maka Put dan Kodan yang bersahabat baik sentiasa bersaing. Hinggalah, suatu hari muncul pelajar baru, Kicap (Epy Raja Lawak) yang sedia membatu.

Kicap mengingatkan mereka supaya bersaing dengan cara betul untuk tonjol kehebatan masing-masing yang akhirnya mampu menambat hati Seroja. Bahkan, Kicap mencabar Put dan Kodan supaya bertanding memenangi kerusi pelajar dan sekali gus berjaya memikat Seroja seperti yang diimpikan.


Masalah, hanya seorang saja yang akan berjaya memegang gelaran ketua pelajar itu. Maka, bermulalah 'peperangan' antara dua sahabat itu dalam usaha menarik undi siapa paling banyak. Malah, pelbagai taktik sanggup dilakukan mereka yang tidak mahu mengaku kalah demi mendapatkan cinta daripada Seroja.

Apakah usaha Put dan Kodan akan menemui kejayaan? Bagaimana pula dengan hubungan persahabatan mereka yang barangkali tergugat dengan persaingan itu? LBH pasti akan membuatkan penonton tidak kering gusi, apatah lagi Ismail sedaya upaya memberi yang terbaik pada filem ke-12 arahannya.

Lokasi penggambaran filem LBH: Sekolah Menengah Sains, Ulu Yam, Selangor

LBH mengimbau kenangan pelajar yang menetap di asrama sekitar tahun 90-an hingga 2000. Ujarnya mengambil kira kesesuaian lokasi, pada era itu pun penggunaan telefon bimbit masih tak banyak. Namun, kebanyakan pelajar asrama pula dikenali menerusi kenakalan mereka dan sikap membuli.

Comments

Popular posts from this blog

Mak Mudim Tukang Sunat yang Cun - 18SG

Cuti sekolah ni memang sesuatu yang nikmat bagi budak-budak sekolah, masa ni lah nak pergi jalan-jalan, mandi sungai, melancong, makan nasi kenduri, dan lain lain. tapi ada jugak yang ambil kesempatan cuti sekolah nih untuk bersunat / khatan. berkhatan sekarang tak macam dulu silap cara mau bentan sebulan haha., sekarang dalam berapa hari ja dah boleh berlari. ini aku nak kongsikan

*Update* Jom Sertai Bloglist Kertas Warna Merah!!

5 Tips & Cara Hack 8share Untuk Tingkatkan Earning

Tips dan Cara Hack 8share Untuk Tingkatkan Earning Tips dan Cara Hack 8share Untuk Tingkatkan Earning | Nak dapat duit free menerusi online memang lah senang, senang? siapa yang cakap senang? kalau senang dah lama dah aku belikan backhoe untuk tokwan aku untuk uruskan kebun dia. Jadi apa boleh buat, kita HACK saja 8share bagi cepat sikit earning dia naik. Tanpa melengahkan masa lagi, jom kita baca bagaimana nak hack dan tingkatkan earning 8share. Pertama. HACk Yang pertama sekali anda mestilah hack diri anda dulu. Kena Rajin. Kena Ramah. Kena Sabar. Bak kata pepatah, ROME WAS NOT BUILD IN A DAY! Kedua, Ayat Power. Setakat terer mengorat awek mengunakan ayat sesumpah buat apa bro, serlahkan bakat anda dengan menulis status dengan mengunakan ayat ayat power. Tambah Penegasan dalam ayat anda, contoh. HEBAHAN, MESTI BACA, INFO MENARIK, dan sebagainya. Ketiga, Letak Gambar yang menarik pada post anda, tetapi letaklah gambar yang berkaitan dengan apa yang anda iklanka...