Skip to main content

Penjagaan laptop @ Kamputer hampa

Nak berkongsi sedikit Tips mengenai penjagaan laptop @ kamputer hampa..

Tips penjagaan fizikal:

► Pastikan
bekalan kuasa (sama ada dari soket dinding ataupun bateri) dimatikan sebelum anda mulai membersihkan laptop hampa.

► Lapkan permukaan luaran laptop hampa dengan kain lembap. Jangan sesekali gunakan pembersih cecair ataupun aerosol sebagai ejen pembersih.

► Jangan sesekali menggunakan sebarang ejen pembersihan termasuk air untuk membersihkan skrin monitor LCD laptop hampa tu. Hanya gunakan tisu kering sudah memadai.

► Hampa juga boleh menggunakan vakum tangan untuk membersihkan laptop anda dari habuk. Dengan berhati-hati, gunakan vakum tangan pada lubang-lubang pengudaraan yang terdapat pada laptop anda dan pada permukaan keyboard.

► Elakkan laptop hampa tu dari tempat yang berhabuk dan elakkan dari dedahan matahari serta magnet dengan melampau.

Tips keselamatan laptop anda:

► Elakkan dari meninggalkan laptop di dalam kenderaan. Ini kerana telah berlaku banyak kes kecurian laptop yang ditinggalkan di tempat meletak kenderaan - baik dengan cara memecahkan cermin kenderaan mahupun mengopak bonet kereta.

► Pastikan anda meletakkan latop hampa di permukaan yang rata, seperti meja, almari dan sebagainya. Ini kerana permukaan yang tidak rata boleh menyebabkan laptop hampa tidak stabil dan terjatuh - dan sekaligus mendedahkan risiko pada kerosakan hardware dalaman yang serius.

► Pada permukaan setiap laptop terdapat banyak lubang pengudaraan (air ventilation) dan sekiranya lubang ini tertutup, maka ia akan menyebabkan pengudaraan tidak sempurna dan boleh menyebabkan kerosakan dan ketidakstablian pada sistem laptop anda. Maka elakkan lubang ini dari tertutup/blocked secara tidak sengaja sama ada dengan pelekat, selimut, sofa, katil dan sebagainya. Seelok-eloknya elakkan dari menggunakan laptop anda di permukaan yang tidak rata seperti katil. Ini kerana anda mungkin secara tidak sengaja akan menutup lubang pengudaraaan yang terdapat di bawah
laptop.

► Jangan jadikan laptop hampa sebagai 'meja' - maknanya jangan letak apa-apa objek lain seperti buku dan sebagainya di atas laptop.

► Jangan gunakan laptop hampa berdekatan dengan sumber air.

► Pastikan tidak menggunakan kedua-dua bekalan kuasa (barteri dan bekalan kuasa dinding) serentak. Pastikan bateri anda telah habis hampir sepenuhnya sebelum mengecaskannya semua.

► Pastikan anda menggunakan adapter bekalan kuasa mengikut spesifikasi yang diberikan dan bersesuaian dengan laptop anda.

► Pastikan hampa menukarkan bateri yang sama (identical) ataupun yang menepati spesifikasi sekiranya  ingin membeli bateri yang baru.

► Pastikan laptop anda tidak bersambung dengan talian telefon sewaktu petir bagi mengelakkan kerosakan serius pada laptop anda.

Comments

baca dan senyum said…
kalau tak silap ada baca kat 1 forum ni yang kalau nak bagi laptop last longer, kena online pakai power supply + batteri. kalau pakai power supply sahaja tanpa bateri, input power berlebihan akan masuk dan menyebabkan kerosakan pada RAM dan kerosakan pada sistem
Akemal said…
tu la masalahnye, kalau online 24 jam, mau tak terbako beteri tu, huhu.gunakan dengan bijak. tq 4 info.
nur said…
senang cita x payah guna laptop...xda la masalah diatas...sekian..
Akemal said…
ceh....abis nak guna apa..mesin taip.? haha
Put3ra said…
guna kalkulator haha

Popular posts from this blog

Kitab Injil yang Sebenar di temui

Sebuah Kitab Injil yang mengandungi ramalan bahawa Nabi Muhammad saw bakal muncul di akhir zaman telah mencetuskan minat daripada Vatican, pusat keagamaan bagi Kristian bermazhab Katholik. Pope Benedict XVI sendiri teruja untuk melihat isi kandungan Injil yang dikenali ‘Gospel of Barnabas’ itu. Injil yang bertinta emas dan keseluruhan menggunakan bahasa ibunda Nabi Isa as, bahasa Aramaic dianggarkan berusia lebih daripada

Mak Mudim Tukang Sunat yang Cun - 18SG

Cuti sekolah ni memang sesuatu yang nikmat bagi budak-budak sekolah, masa ni lah nak pergi jalan-jalan, mandi sungai, melancong, makan nasi kenduri, dan lain lain. tapi ada jugak yang ambil kesempatan cuti sekolah nih untuk bersunat / khatan. berkhatan sekarang tak macam dulu silap cara mau bentan sebulan haha., sekarang dalam berapa hari ja dah boleh berlari. ini aku nak kongsikan

Gambar Permainan Anak Gadis di Rusia

Anak anak gadis di rusia telah menemui permainan baru untuk memenuhi masa lapang mereka. Permainan ini menguji kelajuan nafsu adrenalin yang mengalir dalam tubuh mereka yang putih melepak tu. Aku harap gadis gadis kat malaysia ni masih ada lagi benda untuk bermain. Buat benda benda yang berfaedah contohnya berblog ke..jangan di tiru pulak bebudak rusia ni. Sayang betul kalau muka lawa macam awek kat atas tu tapi cacat atau mati muda disebabkan main benda ini. Jom lihat apa yang gadis gadis rusia ni main.