Skip to main content

Tips - berjaga - jaga dengan Virus - Antivirus cap ayam

Kadang-kadang antivirus yang kita beli beratus-ratus tu, kita tak pasti pun sama ada antivirus yang kita install dalam pc or laptop tu berfungsi atau tak. main pakai install ja.. kan.kan. janji ada antivirus. dengan harapan antivirus tu menjaga laptop or pc hampa. sebenarnya, tak guna ada antivirus mahal-mahal kalau tak tahu nak kawal virus. jgn harapkan antivirus 100%.

tip yang pertama :

kawal keluar masuk USB anda. yap, jangan main cucuk ja Pendrive anda merata-rata. cyber cafe ka.. LAB komputer sekolah ka..LAB komputer poli ka... pandai-pandai lah detect kawasan yang resiko nyer tinggi.
kalau rasa was-was, nabi cakap, just tinggalkan benda ragu-ragu nih.kan kan. kalau document kecik-kecik tu, boleh simpan dalam draft email, pastu balik rumah bukak email, amik balik. tu yang ada internet la.. yang tak ada tu, cucuk jalah..nak buat macam mana kan, tapi jgn buka drive pendrive anda, risiko o....just 'save to' pendrive.

tip yang kedua :
update selalu antivirus anda. tak kisah la yang original ka..yang crack ka..(hehe) janji update. kalau x ada line internet, sebat la brodband member-member pinjam sat. alah berapa MB ja pun, x luak aih.. tak pun download update antivirus kat laman antivirus yang hampa guna.

tip yang ketiga :
jangan buka laman web x senonoh. titik.

tips ke empat :
kalau dapat email yang entah apa-apa tu, jgn gatai duk bukak. pastu, kadang-kadang kalau kita lupa tutup bluetooth telefon, tiba-tiba ja ada 'sesuatu' yang suruh kita accept something kan. bahaya2. berjangkit plak kang.

tips ke lima :
kalau senang-senang, buat benda alah nih .aku jumpa kat gempak.
Copy kod di bawah di dalam notepad.

X5O!P%@AP[4\PZX54(P^)7CC)7}$EICAR-STANDARD-ANTIVIRUS-TEST-FILE!$H+H*

Kemudian save as fakevirus.exe

kalau antivirus hampa berfungsi, dia akan bagi amaran macam kena virus.
itu kalau berfungsilah, kalau tak, dia wat don;t know je lah.. kena update or kesan kenapa sebab antivirus anda x berfungsi.kot2 silap setting kan.

File eicar.com diwujudkan untuk keselamatan. Ia bukan virus. Ia adalah satu ujian standard yang dibangunkan oleh Penyelidikan Anti Virus Komputer untuk Insitut Eropah (EICAR). Semua produk anti-virus diprogram untuk mengesan file ini seperti kelihatan virus sebenar. so jangan risau, pc or laptop selamat

Sekiranya anti virus anda tidur dan file ini tidak didelete, anda usah risau, ia tidak akan merosakkan pc anda dan sekiranya mahu mendelete file ini. Anda boleh sama ada menggunakan cara manual, drag ke thrash bin atau open task manager (ctrl-alt-delete) dalam satu masa, click pada bahagian processes (sebelah application kat atas tu) kemudian cari program atas nama tadi (fakevirus.exe), click sekali (bold) pada program itu dan click end process kat bawah tu.Click ya untuk alihkan dari aktif atau dlm English (yes this should remove it from being active).


itu saja la kot, kita tak boleh nak lari dari virus nih, tiap-tiap minit ada ja virus baru yang dicipta. kita yang tak tahu apa-apa ni lah yang jadi mangsa. dan syarikat antivirus untung berlipat kali ganda. hehe.rasanya kalau tips yang aku bagi ni x mengikut kehendak naluri hampa,tak apalah..tapi jangan nak kutuk2 aku pulak ok.hehe  kalau ada info yang lebih baik, sila tinggalkan komen kat bawah nih. jangan kedekut ilmu.

gilo kot nak wat macam ni. hahaha

Comments

Unknown said…
haha..jangan buka laman web x senonoh. titik..tuh yg penting :D
Akemal said…
huhu~ jangan pandang2..jgn pegang-pegang...
Khairiyah said…
kertas>>>nak smbung lagik...jgn pandang2...jgn pegang2 nanty kna tendang..hakhak..nice >_<
Anonymous said…
menyampah kalo org yg 'bg' virus kt laptop kita :(
halidaRahman said…
ehh, sy pelik la, kalu st scan dia x detect, tp bila buat yg cm awak suruh copy / paste kat notepad. Ada je virus detect ? So cm na nak buat ?

*replx kat cbox sy ok :)

http://pinkydorky.blogspot.com/
Akemal said…
Ada beberapa kemungkinan:

1. Database Antivirus anda tidak dikemaskini.

2. Belum ada sample virus yang menyerang pc anda dihantar ke Lab Antivirus yang anda guna.

3. Program Antivirus anda telah dilumpuhkan aktivitinya oleh virus.
yg last tuh, gmbo mende??
Akemal said…
ye cik sandwich..hehe..protect internet guna kondom,apakah itu sesuatu yg gila..nak halang virus nye pasal. ^^
Esempoi said…
mana ko dapat kondom tu..haha
aen ashiqin said…
pengalaman sya,antra antivrus yg pna sya pkai tidak kira murah atau mahal, antivirus AVG le plg berkesan.
ZHAFWAN ™ said…
tu dia...hahahah..antivirus cap ayam..aku men antivirus ori jep..sebab dah banyak kali tkena dengan antivirus cap ayam nih..ingat sblum kena..huhuhu ;p

Popular posts from this blog

Kitab Injil yang Sebenar di temui

Sebuah Kitab Injil yang mengandungi ramalan bahawa Nabi Muhammad saw bakal muncul di akhir zaman telah mencetuskan minat daripada Vatican, pusat keagamaan bagi Kristian bermazhab Katholik. Pope Benedict XVI sendiri teruja untuk melihat isi kandungan Injil yang dikenali ‘Gospel of Barnabas’ itu. Injil yang bertinta emas dan keseluruhan menggunakan bahasa ibunda Nabi Isa as, bahasa Aramaic dianggarkan berusia lebih daripada

Mak Mudim Tukang Sunat yang Cun - 18SG

Cuti sekolah ni memang sesuatu yang nikmat bagi budak-budak sekolah, masa ni lah nak pergi jalan-jalan, mandi sungai, melancong, makan nasi kenduri, dan lain lain. tapi ada jugak yang ambil kesempatan cuti sekolah nih untuk bersunat / khatan. berkhatan sekarang tak macam dulu silap cara mau bentan sebulan haha., sekarang dalam berapa hari ja dah boleh berlari. ini aku nak kongsikan

Gambar Permainan Anak Gadis di Rusia

Anak anak gadis di rusia telah menemui permainan baru untuk memenuhi masa lapang mereka. Permainan ini menguji kelajuan nafsu adrenalin yang mengalir dalam tubuh mereka yang putih melepak tu. Aku harap gadis gadis kat malaysia ni masih ada lagi benda untuk bermain. Buat benda benda yang berfaedah contohnya berblog ke..jangan di tiru pulak bebudak rusia ni. Sayang betul kalau muka lawa macam awek kat atas tu tapi cacat atau mati muda disebabkan main benda ini. Jom lihat apa yang gadis gadis rusia ni main.