Skip to main content

Bayi di balut dan di ikat tali - Pengasuh Kejam!! Kejam!

Selepas melihat gambar dan video yang aku nak kongsikan ni, aku nak mintak hampa bersabar dan berdoa supaya orang yang terlibat dalam aksi keji ni memperoleh hidayah..





Alkisah di sebuah taska, penjaga yang tak berhati perut telah melakukan kelakuan yang diluar norma kemanusiaan. seperti yang hampa dapat lihat di dalam gambar, bayi yang tak berdosa diikat bagaikan pocong. kesian!!!

gambar seterus nya mungkin membuatkan anda merasa marah, tapi sabar..


aiyakkk...keji betul si pelaku nih.kesian. mengikut info, lokasi kejadian bukan lah di negara china, tetapi....

hampa tgk sendiri video nih. kenal pasti suara. dan hampa akan tahu orang mana..






Pihak Berwajib.!! Cepat Siasat!!!


Entry Ini Berdasarkan : http://www.xlupa.com/2012/02/video-dera-bayi-dibalut-kain-dan-diikat.html

*Update*


JOHOR BAHARU – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Khamis membuat laporan polis terhadap dua bekas pengasuh di sebuah Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) di Taman Kota Masai di sini yang didakwa menampal pita pelekat pada mulut dan melilit kain bedung pada bayi jagaan mereka serta menyebarkan gambar tersebut di Internet Disember tahun lepas.
Laporan dibuat oleh Pegawai Mohd Faizal Abu Bakar tengah hari tadi di Balai Polis Sentral dengan diiringi Pengarah JKM Johor, Khatijah Abdullah dan Timbalannya Bazlan Ismail.
Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Khatijah berkata laporan terhadap wanita berumur 20 dan 22 tahun itu dibuat bagi tindakan lanjut polis, memandangkan perbuatan seumpama itu boleh menyebabkan gangguan emosi terhadap kanak-kanak.– BERNAMA

Kemudian kat bawah neh pula kenyataan daripada pihak taska terbabit ;

 Disiplin bayi...’

PASIR GUDANG: Dua bekas pengasuh yang didakwa bertindak kejam dengan melekatkan mulut seorang bayi dengan pita pelekat selain melilit ketat beberapa bayi lain menggunakan kain bedung memberitahu melakukan perbuatan itu konon bagi mendisiplinkan mereka kerana membuat bising.

Perkara itu didedahkan pengusaha pusat asuhan kanak-kanak, Taska Permata 2, Shaherah Abd Malik, 40, yang mendakwa perbuatan dua bekas kakitangannya itu bukan saja tidak masuk akal, malah menjejaskan nama baiknya hingga menimbulkan kemarahan ramai.

Menurutnya, dia dan keluarga bagaimanapun bersyukur kerana semua mangsa tidak trauma mahupun berdepan masalah kesihatan berikutan perbuatan keterlaluan dua bekas pekerja itu.

“Selepas klip video itu tersebar luas di Internet, saya pernah menghubungi mereka biarpun sudah diberhentikan kerja pada Januari lalu akibat masalah disiplin.

“Apabila ditanya, mereka selamba menjawab konon melakukan (rakaman) itu bagi mendisiplinkan bayi berkenaan supaya tidak bising menyebabkan kami yang mendengar jawapan itu begitu kecewa,” katanya ketika ditemui, semalam.

Menurutnya, sejak klip video itu tersebar, dia menerima pelbagai panggilan telefon daripada pihak tidak dikenali yang memarahinya kerana menyangkakan tindakan itu dibenarkan pengurusan taska.

Bagaimanapun, katanya, selepas diberi penerangan, baru pemanggil berkenaan faham keadaan sebenar dan meminta maaf kerana memarahinya tanpa usul periksa.

“Sebaik berita kejadian ini dilaporkan Harian Metro semalam, ramai rakan-rakan menghubungi saya dan memberikan semangat bagi menghadapi dugaan ini.

“Alhamdulillah, segelintir pembaca faham kejadian sebenar dan tidak menyerang kami kerana kami sendiri menjadi mangsa perbuatan orang lain,” katanya. -hm

Comments

MiSz AzUmI said…
penjaga taska tu sakit jiwa kah??
<---tgok vdeo nih esok lah..rsa seram lak nk tgk sorg-2 dah bby rupe pocong gitu..
Unknown said…
huhhh..kejamnye..ni sore melayu ni..
Cikrosecute said…
memang kejam...nak copy nak share ya...
Kayu Manis said…
apa lagi..tggu! bertindak aje.

kesian sungguh.
Anonymous said…
kot-kot mati sebab bernafas tak sempurna. sape nk tggjwb?
baashah;D said…
eeeeeeeeee..kesian gila kot!
uihhh..kejamm! cehh..kalau ank sndiri x plak buat camtu..
Unknown said…
org malaysia ke??? tak ad nilai kemanusiaan langsung...

http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/02/wordless-wednesday-02.html
RHI said…
Nauzubillah....kalau kat rumah baby kita bedung...tapi ini dah menyiksa namanya...mana akal tah...kalau malas nak jaga tak payah buka taska kan?
Cikgu Ma said…
kat fb td tengok juga...keji laaa, baik x payah jaga
suebee said…
ikut pengalaman aku jadik ibu, baby masa tdo di 'bungkus' camtu supaya dia tak ter'kejut' dgn tgn dan kakinya sendiri..sbb kekadang baby tdo, kaki dan tgn kekadang bleh terangkat tanpa mereka sendiri sedari..tapikan yang diselotep kan mulut tuh mcm tak betul je...
SufatihaNur said…
ni bukan bedung ni...dah tahap mendera...

keja betul manusia camtu...moga Allah bg hidayah kat dia
AeMcSketch said…
yg kena selotape tu paling kesian sekali :'(
disiplin kanak-kanak bukan daripada umur mcm tu. Kalau ikut psychology pun, bermula umur 3 tahun tak boleh marah anak sewaktu ajar dia berak kat toilet, kalau tak, kanak2 tu trauma sampai ke tua. ni apatah lagi baby :(

Popular posts from this blog

Kitab Injil yang Sebenar di temui

Sebuah Kitab Injil yang mengandungi ramalan bahawa Nabi Muhammad saw bakal muncul di akhir zaman telah mencetuskan minat daripada Vatican, pusat keagamaan bagi Kristian bermazhab Katholik. Pope Benedict XVI sendiri teruja untuk melihat isi kandungan Injil yang dikenali ‘Gospel of Barnabas’ itu. Injil yang bertinta emas dan keseluruhan menggunakan bahasa ibunda Nabi Isa as, bahasa Aramaic dianggarkan berusia lebih daripada

Mak Mudim Tukang Sunat yang Cun - 18SG

Cuti sekolah ni memang sesuatu yang nikmat bagi budak-budak sekolah, masa ni lah nak pergi jalan-jalan, mandi sungai, melancong, makan nasi kenduri, dan lain lain. tapi ada jugak yang ambil kesempatan cuti sekolah nih untuk bersunat / khatan. berkhatan sekarang tak macam dulu silap cara mau bentan sebulan haha., sekarang dalam berapa hari ja dah boleh berlari. ini aku nak kongsikan

Gambar Permainan Anak Gadis di Rusia

Anak anak gadis di rusia telah menemui permainan baru untuk memenuhi masa lapang mereka. Permainan ini menguji kelajuan nafsu adrenalin yang mengalir dalam tubuh mereka yang putih melepak tu. Aku harap gadis gadis kat malaysia ni masih ada lagi benda untuk bermain. Buat benda benda yang berfaedah contohnya berblog ke..jangan di tiru pulak bebudak rusia ni. Sayang betul kalau muka lawa macam awek kat atas tu tapi cacat atau mati muda disebabkan main benda ini. Jom lihat apa yang gadis gadis rusia ni main.