Skip to main content

CONTEST : JOM VISIT & BLOGWALKING CHEER YOU UP



Alkisahnye masa tengah stalker blog si sha ensem tu, aku terpandang banner seperti di atas ni, yup ada contest daripada blog Spudin. untuk mengetahui syarat-syarat dan hadiahnya, sila klik sini atau banner di atas ya...

Apa Pentingnya Blogwalking

Mengikut kamus Dewan Blog dan Pustaka, Blogwalking boleh diertikan dengan kata lain iaitu "berjalan antara blog ke blog ".

Dengan Blogwalking, Kita dapat mempromosikan blog kita ni dengan secara percuma.! tak perlu hendak bayar satu sen pun, cuma letak chat box atau cuma klik di Reading List di dashbord Blogger hampa. 

Dengan Berjalan-Jalan dari blog ke blog, kita secara tidak langsung dapat mencuci mata dan memperoleh ilmu dari blog yang kita berkunjung tu. Bak kata peribahasa Blog, "Banyak Blogwalking, Luas Pengetahuan". 

Jika di pandang secara sisi, Blogwalking juga boleh mengeratkan hubungan antara blogger. ye lah, selalunya persahabatan diantara blogger ni adalah secara maya. 

Jika dipandang secara menegak, Blogwalking boleh menambahkan traffic blog hampa. dengan aktiviti blogwalking yang jitu dan padu, graf traffic blog hampa akan meningkat secara menegak. Jika indeks traffic hampa yang sebelum ni mendatar dan kadang kadang menjunam, apa kata hampa Blogwalking secara konsisten selama sebulan. insyaAllah, graf traffic anda akan menunjukkan sesuatu yang ohsem.

Akhir sekali,  dengan Blogwalking nih, kita secara tidak lansung dapat menambah follower. dengan tinjauan antara blog, kita boleh pilih blog yang menarik untuk kita follow.secara tidak lansung , kita dapat tambah follower dan boleh la kita belagak dengan member2 yang follower kita ni ramai..

Dengan alasan alasan seperti diatas, akhirnya kita dapat tahu apa kepentingan blogwalking. sekian.



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

p/s : Follower ramai pun tak ada guna kalau tak ada yang setia



Comments

Careila said…
hundred percents agree merah..happy blogging..
Nurul Aisyah said…
yosh...betul tu!!! BW bgus!! hehehe...

hmm...xnak join lah..malas deh.. :P
kashaa said…
muahahahaha... merah karang entri lawak betei... pandangan sisi lerr menegak ler... wakakakaka... gudluck bro!
dariilhamkehati said…
hahaha , klakanyerr >_<
join jgk kontes nih , hehe ,
tp tade la tulis pnjg lebar gini =D
MiSz AzUmI said…
merah- bila tarikh ttup contest nih?
Akemal said…
penganjur tak tetapkan lagi.so cepat join!!
Unknown said…
satu sisipan dan juga huraian yang menarik ...sangat berpuitis dan juga banyak unsur-unsur metophore :D

Admin harap, kome2 semua ni, bjaye ye ? trimas sbb join :D

truly love ---> Cheer You Up
Akemal said…
ye Spudin, bagi aku dgn sha menang ye..haha
MiSz AzUmI said…
merah - ko ngan sha jeke?? smpainya htimu~ :(
Akemal said…
haha...ok2...azumi pun.haha
Unknown said…
blog spudin dah tuka nama dan link da...meh tngok ...btw winner dah nak announce..woohhaaaa
OKje said…
OKje memanng setuju..... dah tambah dah follower OKje he..he..

Popular posts from this blog

Mak Mudim Tukang Sunat yang Cun - 18SG

Cuti sekolah ni memang sesuatu yang nikmat bagi budak-budak sekolah, masa ni lah nak pergi jalan-jalan, mandi sungai, melancong, makan nasi kenduri, dan lain lain. tapi ada jugak yang ambil kesempatan cuti sekolah nih untuk bersunat / khatan. berkhatan sekarang tak macam dulu silap cara mau bentan sebulan haha., sekarang dalam berapa hari ja dah boleh berlari. ini aku nak kongsikan

5 Tips & Cara Hack 8share Untuk Tingkatkan Earning

Tips dan Cara Hack 8share Untuk Tingkatkan Earning Tips dan Cara Hack 8share Untuk Tingkatkan Earning | Nak dapat duit free menerusi online memang lah senang, senang? siapa yang cakap senang? kalau senang dah lama dah aku belikan backhoe untuk tokwan aku untuk uruskan kebun dia. Jadi apa boleh buat, kita HACK saja 8share bagi cepat sikit earning dia naik. Tanpa melengahkan masa lagi, jom kita baca bagaimana nak hack dan tingkatkan earning 8share. Pertama. HACk Yang pertama sekali anda mestilah hack diri anda dulu. Kena Rajin. Kena Ramah. Kena Sabar. Bak kata pepatah, ROME WAS NOT BUILD IN A DAY! Kedua, Ayat Power. Setakat terer mengorat awek mengunakan ayat sesumpah buat apa bro, serlahkan bakat anda dengan menulis status dengan mengunakan ayat ayat power. Tambah Penegasan dalam ayat anda, contoh. HEBAHAN, MESTI BACA, INFO MENARIK, dan sebagainya. Ketiga, Letak Gambar yang menarik pada post anda, tetapi letaklah gambar yang berkaitan dengan apa yang anda iklanka...

Blog Bergaya di Google dengan Sitelink

Alhamdulilah, tanpa aku sedar blog aku yang tak berapa nak hensem ni dah ada sitelink dari google. hoho.*cewi kalau di tanya penting ke sitelink ni? Google memberi Sitelinks kepada blog yang mempunyai prestasi. Secara tak langsung menambah kredibiliti blog tersebut. Pengguna internet juga lebih mempercayai blog yang mempunyai Sitelinks kerana ianya menampakkan ciri-ciri blog atau laman web yang hebat, menarik dan bermutu. Oleh itu, mana-mana blog yang mempunyai Sitelinks akan menerima lebih banyak klik dari Search Engine Results Page (SERP), mengikut terma carian yang menghasilkan Sitelinks. Selain itu, Sitelinks juga memberi lambang identiti tersendiri bagi sesebuah blog. sumber : http://www.teratakusang.com seperti yang anda lihat di dalam gambar tu, ada gambar abang hensem kan. kalau yang belum tahu itulah gambar dari google+ aku. gambar itu akan muncul setiap kali ada carian ke blog kita. kalau berminat, anda boleh la rujuk google webmaster untuk membuatnya. cuma satu ...