Skip to main content

Sakit itu Nikmat. Sihat itu Mahal.

huh..minggu yang best. hahaha..tak la best sangat, cuma demam selesama dan sedikit masalah di cabang paru-paru, hehe. gila, kenapa sakit pun nak seronok.?

kan sakit tu pengubat / penghapus dosa kecil.cukup lah hadis ni buat semangat.kan.kan. :) 


hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" 
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


yang tak seronoknya, masih lagi menyusahkan mak dengan abah, tolong bawa pergi hospital, amik ubat bagai, jaga jadual ubat.hu...thanks mom, dad.!!!

waktu tu masa dikelilingi awek-awek nurse praktikal yang comel, aku teringat pulak trio sepupu
aku yang terlibat jugak dalam bidang perubatan. Kakak yang ala-ala Amy Mastura tu dah jadi Doktor. yang Mokcik tu  ahli Fisioterapi (tak silap aku la), yang umairah tu jadi nurse.

dengan pakar-pakar yang ada ni, generasi keluarga paklang/maklang yang akan datang akan terjamin kesihatan mereka.hehe 

masa si nurse cina yang comel tu amik tekanan darah aku baru aku perasan, aku tengok ada seorang budak yang tengah menjalani rawatan yang sama yang akan aku jalani. siap bersila lagi atas kerusi. 

haha. 

teringat zaman budak-budak. semoga budak tu sembuh cepat. 

selepas beberapa seketika, datang pulak sorang lagi nurse praktikal (aku hairan, hari bertuah gamaknya, haha) nak periksa suhu. kali ni melayu. aku tak tengok muka dia, takut jatuh cintan.haha.. bukan aku sombong ye cik nurse...

setelah berjam- jam lebih duduk dekat situ tu, aku dah mula bosan, mana tidak nya, rawatan tu cuma sentengah jam saja, tapi nak tunggu si doktor/pembantu perubatan(tak pasti sapa mamat tu)  tu punya la lambat. aku jadi tak puas hati bila 'tertengok' dalam bilik  depa  tu duk menyembang. damn. 

dengan agak bengang, aku buat muka tak puas hati. nak buat-buat tengok jam, aku tak pakai jam la pulak masa tu. dalam hati nak blah ja terus dari situ. yang nurse-nurse dan pembantu perubatan tu buat kerja masing-masing, ada yang duk ronda. dua tiga sepuluh ratus kali duk lalu lalang depan aku. 

last-last, aku usha sorang nurse, sambil tongkat dagu aku nih. dia sengeh-sengeh. maybe dia ingat aku nak ngorat dia. haha. akhirnya si nurse ni 'paham' dengan 'isyarat' aku tu.

apa-apa pun toce lah doktor / pembantu perubatan, sabab bagi ubat. dan lain kali aku akan cuba makan epal banyak-banyak. sebab an apple a day keep the doctor away. hehehe.

 alhamdulilah... :)

Comments

SufatihaNur said…
an apple a day keep the doctor away...

SUKA QUOTES NI..HUHU
Khairiyah said…
an apple a day keep the doctor away...BUT!!!! beware, an eye maybe give a slap too yr face,,haha....get well cepat2 ye tokk
adarain said…
Sokong dengan post tittle kamu nie,
Sakit itu nikmat, Sihat itu mahal.
2 hari lepas aku demam, ALhamdulillah sihat sekrang.
M0oN said…
Gtal yeeeee.....
Ahmad & Siti said…
This comment has been removed by the author.
Akemal said…
@hazaika
Thanks ika.!!
Akemal said…
@FatihaNur
ye ye.ucapan untuk setiap doktor. :P
Akemal said…
@kyra
hoho..beware.!!
Akemal said…
@Bahrain
alhamdulilah...
Akemal said…
@moon
hehe, saja la gatal skit.
Anonymous said…
Health is wealth. Get well soon ya :)

Popular posts from this blog

Kitab Injil yang Sebenar di temui

Sebuah Kitab Injil yang mengandungi ramalan bahawa Nabi Muhammad saw bakal muncul di akhir zaman telah mencetuskan minat daripada Vatican, pusat keagamaan bagi Kristian bermazhab Katholik. Pope Benedict XVI sendiri teruja untuk melihat isi kandungan Injil yang dikenali ‘Gospel of Barnabas’ itu. Injil yang bertinta emas dan keseluruhan menggunakan bahasa ibunda Nabi Isa as, bahasa Aramaic dianggarkan berusia lebih daripada

Mak Mudim Tukang Sunat yang Cun - 18SG

Cuti sekolah ni memang sesuatu yang nikmat bagi budak-budak sekolah, masa ni lah nak pergi jalan-jalan, mandi sungai, melancong, makan nasi kenduri, dan lain lain. tapi ada jugak yang ambil kesempatan cuti sekolah nih untuk bersunat / khatan. berkhatan sekarang tak macam dulu silap cara mau bentan sebulan haha., sekarang dalam berapa hari ja dah boleh berlari. ini aku nak kongsikan

Gambar Permainan Anak Gadis di Rusia

Anak anak gadis di rusia telah menemui permainan baru untuk memenuhi masa lapang mereka. Permainan ini menguji kelajuan nafsu adrenalin yang mengalir dalam tubuh mereka yang putih melepak tu. Aku harap gadis gadis kat malaysia ni masih ada lagi benda untuk bermain. Buat benda benda yang berfaedah contohnya berblog ke..jangan di tiru pulak bebudak rusia ni. Sayang betul kalau muka lawa macam awek kat atas tu tapi cacat atau mati muda disebabkan main benda ini. Jom lihat apa yang gadis gadis rusia ni main.