Skip to main content

Posts

Lirik Lagu Ost Drama Teduhan Kasih TV3

Lirik Lagu Ost Drama Teduhan Kasih Hyper Act - Hanya Aku   Bersama janji kau sentuh rasa percaya Hangat dinginmu mengundang rindu kecewa Hanya aku dihuni sepi rasa kasihmu [*] Hanya ku yang mencari Rembulan masih ada Mungkin seketika Walau ku bahagia mengejar bayanganmu Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu Hanya aku Apakah mungkin berulang janji setia Apa kan kekal ataupun menyambut duka Dan dirimu di janji Sang Sempurna Dan kecewa kini dipulih rasa kasihmu Repeat [*] Dihuni rasa rindu Hanya ku yang mencari Rembulan masih ada Mungkin seketika Walau ku bahagia mengejar bayanganmu Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu Hanya aku Dingin rasa kasihmu Bagai bintang bersemi Rindu janji bicara Kekal selamanya Walau sekadar mimpi Tak pernah ku peduli Selamanya kan ku pasti merindui dirimu Hanya aku Angkasa - Setia Itu Menyakitkan Jangan terlalu mendalami tentang cinta Bila tak bisa menerima kegagalan Cinta bisa bahagia dan bisa terluka D

DiGi WWWOW Internet For All Awards Punya Cerita

  DiGi WWWOW Internet For All Awards 2013 DiGi WWWOW Internet For All Awards | Umum sudah mengetahui yang DiGi WWWOW Internet For All Awards kembali lagi. Kali ini dengan slogan yang baru. Internet For All Awards Aku dengan rasminya turut sama mengedikkan diri menyertai DiGi WWWOW Internet For All Awards pada kali ini. Pada penyertaan aku pada kali ini hanyalah sekadar nak mencuba walaupun aku tahu tak akan menang. hehe. mana la tahu kan grade blog kertasmerah.my ini naik sikit lepas join anugerah ini semua. Experimentasi la katakan. Reaksi apabila mereka tahu aku join DiGi WWWOW Punya lah bersepah katogeri dalam tu, sampai aku pun tak tahu nak pilih. Dan tanpa segan dan malu malu aku pilih katogeri Blogger of The Year. ahak ahak.  ( tangan di dada, mata tengok atas ) Blogger of The Year la sangat. Ada satu benda je aku tak paham, untuk melibatkan diri dalam DiGi WWWOW Internet For All Awards tu kita kena submit entri. Masalahnya aku tak berapa nak paham nak submit en

Bagaimana AssignJobs.com Bekerja?

Bagaimana AssignJobs.com Berfungsi? Tak pasal pasal terpopular pulak assign jobs ni. Ramai rupanya yang tercari cari money online. Satu je aku nak ingatkan, walaupun kerja secara online ni sana sini orang kata mudah dan senang, tapi benda ni tak kan berjaya kalau tak ada kesabaran. Klau skim cepat kaya boleh la duduk saja duit masuk tanpa usaha entah duit tu datang darimana. Nak macam tu ke? Sekurang kurangnya benda macam Assignjobs ni la kita tahu duit yang kita dapat tu dari mana. WALAUPUN LAMBAT. chewah.. backup assignjobs nampak. ahak. tak lah, tu la ayat nak menyakinkan hampa. ayat kena manis, amacam ayat aku? rasa macam nak sign up terus tak? haha baru dapat ciput Maafkan saya. Baiklah, bagaimana assignjobs ni bekerja, Selepas anda daftar assignjobs, anda akan dibawa ke menu utama, di situ ada tertulis Feature Jobs. kalau ada jobs pada waktu itu, akan adalah senarai list jobs yang boleh korang buat. Tak pun korang lihat di bahagian worker menu, pilih availab

Heboh sana sini pasal assignjobs.com

Buat Duit Online dengan Assignjobs.com Sana sini dalam facebook orang duk heboh pasal asignjobs.com. sampaikan cikgu blog OhBlogger Hassrul Hassan pun duk promot assignjobs ni. Dan lagi best taiko cendol banting mr.Titan pun melibatkan diri dalam situasi ini. Apa Sebenarnya Assignjobs ini? menurut mr. Titan, Assignjobs ni adalah satu program yang akan membayar anda jika anda siapkan tugasan yang diberikan. anda kena siapkan tugasan itu dalam tempoh yang diberikan. Dan kebanyakkan tugasan yang diberikan tersangatlah mudah belaka. Ada kerja cuma perlu copy dan paste aje, ada kerja kena LIKE kat facebook, ada kerja tulis review dan sebagainya. Aku bertambah lebih percaya selepas nama taiko cendol banting pun turut tersenarai dalam TOP Workers di Assignjobs. Ini hasil setakat yang aku buat. amacam? Apa lagi jom pakat pakat daftar Assignjobs.com . kali pertama daftar anda akan mendapat $2.00 free! Daftar Percuma Assignjobs.com

Al-Fatihah S. Samsudin Meninggal Dunia

 Al-Fatihah S Samsudin Meninggal Dunia S Samsudin Meninggal Dunia | Pelakon komedi terkenal era 1950-an, S.Shamsuddin atau nama sebenar, Dali Kechik, meninggal dunia di rumahnya, Singapura pada pukul 10.56 pagi ini, kata anaknya, Noredah Shamsuddin kepada Bernama. Sepanjang hayatnya, Allahyarham pernah membintangi lebih 25 filem antaranya termasuklah Seniman Bujang Lapok dan Tiga Abdul. Filem terakhir lakonannya berjudul Eee...Hantu!!!!! arahan Majed Salleh. - Bernama

Tutorial Buat Kedai Online / Blogshop Terbaik dengan Open Cart

OpenCart Memudahkan Anda Membuka Kedai Online OpenCart Memudahkan Anda Membuka Kedai Online | Jika anda ingin memulakan sesuatu perniagaan dan kedai online yang baik dan berjaya, anda memerlukan sebuah sistem yang baik. Bermula daripada interface muka hadapan kedai online anda  sehinggalah kepada penghataran produk kepada pelanggan. Kita lihat sahaja contoh yang sudah tersedia oleh kedai kedai online yang sudah menempa nama, contohnya Mudah.My dan lain lain. Bukan setakat first impression tetapi sistem yang hebat dan mudah digunakan oleh pelangan. Kita terus saja ke subjek utama mengenai open cart? Apa itu OpenCart ? Opencart adalah penyelesaian untuk anda yang kurang mahir mengenai Coding  jika anda inginkan sebuah laman web kedai online yang lengkap dengan sistem. Opencart merupakan CMS shooping chart Open Source yg berbasic PHP yg menggunakan logik MVC framework. Opencart di cipta oleh orang putih yang bernama Daniel Kerr.   Opencart juga mempunyai kelebihan di antar

Cara Aktifkan Search Description di Blogspot

Cara Aktifkan Search Description di Blog Blogspot Memandangkan aku ni jenis blogger nombor lima dalam 7 jenis ragam dalam blogger MALAYSIA aku akan cuba jawab sebaik mungkin pertanyaan yang singgah. Buat soalan yang belum terjawab tu, aku mohon bersabar sebab aku mencari timing yang sesuai untuk menjawab soalan. Sebab aku tak la pandai sangat. Shutdown laptop pun cari butang tak jumpa. Cara aktifkan search description di blog blogspot | Dalam entri yang lepas lepas aku ada cerita mengenai kepentingan search description dalam menguatkan lagi entri daripada segi SEO. Rujuk entri ini Kepentingan Search Description . Untuk pengetahuan anda, blog aku yang buruk ini tak adalah hebat dalam struktur optimasi SEO. H1 H2 semua tungging terbalik. Aku malas nak edit. sebab aku hingat bila dah pakai thesis ni tak payah nak edit edit dah. hehe. Jadi Search Description ini boleh membantu. Untuk cara mengaktifkan search description di blog blogspot anda perlu. Lihat di baha

7 Ragam Blogger Malaysia

 Ragam Blogger Malaysia Yang Selalu Kita Lihat Ragam Blogger Malaysia | Entri kali ini hanyalah sekadar entri santai bacaan ringan. Tiada kaitan samada yang masih hidup, mahupun yang akan mati. Tak ada niat nak perli perli. sesaja je nak bagi panas hati. hehe. Blogger Sombong Ragam paling popular sekali dalam arena blog MALAYSIA, Blogger Sombong. Tak kisah la blogger baru atau lama, ada juga seketul dua blogger yang memang ekk!. Tapi sombong macam mana pun tetap digemari peminat peminatnya.   Blogger Lelaki Pecinta Wanita Ragam seterusnya adalah blogger yang boleh dikatakan agak pecinta wanita. Blogger ini selalu ada untuk blogger wanita, awek, atau pun janda yang singgah di blog mereka. Bersikap rasis kepada kaum lelaki yakni sama jenis dengan nya. Seringkali sedia menjawab atau membalas komen atau entri daripada blogger wanita, kalau blogger laki dia buat derk je.   Blogger Syok Sendiri Blogger syok sendiri ini adalah ragam tanpa sedar. Sentias

Izzue Islam Sah Bergelar Suami Kepada Awin Nurin

Perkahwinan Izzue Islam & Awin Nurin Perkahwinan Izzue Islam & Awin Nurin | Perkenalannya dengan Awin adalah pada ketika dia bekerja di kedai makan pada tahun 2008, cinta mereka terus berputik dengan kejujuran dari kedua-dua belah pihak sehinggalah Awin Nurin bertindak menjadi pengurus Izzue selepas dia menceburi bidang lakonan pada tahun 2009. Bertempat di Dewan Shah Alam, hari ini berlangsungnya majlis pernikahan pelakon dan penyanyi kumpulan Forteen, Izzue Islam yang sah bergelar suami kepada pengurusnya sendiri iaitu Awin Nurin. Majlis akad nikah yang berlangsung pada jam 9.45pagi tadi diijabkabulkan sendiri oleh bapa Awin iaitu Waharudin Jonit, 58 dengan mas kahwin berjumlah 11 dinar dan wang hantaran sebanyak RM11,111.11. Izzue, 23, bijak merahsiakan percintaan dengan pengurus sendiri selama 5 tahun malah Izzue dan Awin telah mengikat tali pertunangan pada bulan Jun 2012 tanpa pengetahuan peminat. Majlis resepsi pasangan ini akan di’adakan pada tengahari ini be

Gambar Aktiviti Waktu Lapang Remaja Di China

Aktiviti Riadah di Chang Kong Cliff Road Ini adalah beberapa gambar pemuda pemudi di Negara tanah besar China yang sedang menikmati aktiviti riadah di waktu lapang. Kalau tengok muka awek yang menikmati Chang Kong Cliff Road ini, nampak macam releks dan cool je. Mungkin Chang Kong Cliff Road ini terjamin keselamatannya. Jom Lihat gambar remaja di china buat untuk mengisi masa lapang dibawah. Aktiviti Waktu Lapang Remaja Di China :

OhBlogger | Blog Pendidikan Untuk Blogger Malaysia

Blog Pendidikan Untuk Blogger Malaysia | OhBlogger OhBlogger Logo Mencari ilmu itu adalah satu tuntutan, tidak kisahlah itu ilmu duniawi atau akhirat asalkan ianya memberi manfaat. Begitu juga dengan PENULIS LAMAN BLOG, atau Pembangun Laman Blog. ianya sudah pasti memerlukan ilmu untuk mengelakkan apa yang anda bina atau tulis selama ini menjadi SAMPAH atau taik di internet. Bagi anda yang memerlukan panduan mengenai strategi atau tips mengenai dunia blogging, OhBlogger kelolaan blogger Hasrul Hassan ada menyediakannya. Dari A - Z mengenai panduan blog ada di blog beliau. Sekilas Mengenai Hasrul Hassan - Pemilik OhBlogger Hasrul Hassan - OhBlogger Profile Lahir pada 1976 di Batu Gajah, Perak. Kini menetap di Penang. Telah berblog sejak 2007; merupakan seorang suami dan bapa kepada 3 cahayamata. Berpengalaman dalam menulis jurnal dan tesis serta manual kepenggunaan, kini berkongsi ilmu dan pengalaman tentang blog terutama blogspot. Pernah berkhidmat dengan pasukan p

RTM TV2 : RUNNING MAN SNAP A PHOTO CONTEST

Running Man Akan Ditayangkan di RTM TV2 Program Popular Korea Running Man Di tayangkan di RTM 2 | Berita gembira buat peminat Running Man di Malaysia bahawa rancangan yang semakin popular dan mendapat sambutan di malaysia iaitu Running Man akan menemui anda pada 1 Jun 2013 Jam 4.00 Petang. Program Popular Korea ini akan menemui anda setiap hari sabtu pada jam 4.00 petang , jadi jangan lepaskan peluang untuk sama sama menonton rancangan verity popular ini. Di samping itu anda juga berpeluang untuk memenangi tiket percuma Running Man Sparta Kim Jong Kook -First Malaysia Showcase 2013 dengan melibatkan diri dalam contest Running Man Snap a Photo Contest di bawah. RTM TV2 : RUNNING MAN SNAP A PHOTO CONTEST RTM TV2 : RUNNING MAN SNAP A PHOTO CONTEST

Gambar Keadaan Wanita Berusia 23 Tahun Hamil Kembar 5

Seorang wanita berusia 23 tahun telah mengejutkan seluruh negara Republik Czech bahawa beliau berjaya hamil dengan kembar lima tanpa menggunakan IVF. Alexandra Kinova, 23, dijadualkan melakukan Caesarean pada hari Ahad ini untuk melahirkan kembar lima pertama dalam sejarah Republik Czech. Alexandra Kinova yang sudah mempunyai seorang anak lelaki, juga mengatakan dia tidak sedar bahawa dia telah mengandungkan lima bayinya itu. Lihat gambar Alexandra Kinova di bawah. Lihat gambar Alexandra Kinova :

Perbezaan Dan Jenis Minyak Wangi Yang Berada Di Pasaran

Perbezaan Dan Jenis Minyak Wangi Yang Berada Di Pasaran Selalu sebelum kita memilih minyak wangi untuk di beli, kadang kala kita terlihat ada lebel yang tertulis  Eau De Toilette macam macam lagi perkataan yang terbelit lidah nak menyebutnya, jadi ini ada sedikit informasi mengenai jenis jenis minyak wangi yang di copy khas untuk anda. hehe.     Wangian Untuk Wanita Jadi apakah perbezaan antara EDC, EDT dan EDP?? Di sini ada beberapa info tentang jenis wangian yang sesuai untuk wanita. 1) Perfume Wangian yang mempunyai campuran yang paling pekat, sekitar 15-40% kepekatan. Harganya juga adalah yang paling mahal, dan sudah pasti baunya juga yang paling kuat dan ketahanan yang paling lama berbanding jenis-jenis yang lain. 2) Eau De Perfume (EDP) EDP adalah lebih ringan berbanding dengan Parfum, dengan kepekatan campuran sekitar 8-15%. EDP juga adalah lebih murah daripada Parfum dan mempunyai ketahanan haruman sekitar 3-5 jam. Tetapi ada juga perfume jenis EDP yang boleh

Gambar Lelaki yang Sangat Kacak Sampai Kena Buang Negeri

 Akibat Terlalu Kacak, Lelaki ini Dibuang Negeri dan Diberi Hadiah Mercedes Pada Hari Jadinya OTTAWA - Seorang lelaki yang dilaporkan pernah dibuang negeri dari Arab Saudi kerana terlalu kacak mendapat tuah yang tidak disangka apabila menerima sebuah kereta Mercedes daripada peminat misterinya. Omar Borkan al-Gala , 23, pernah dibuang dari negara asalnya kerana terlalu kacak hingga dibimbangi akan menarik perhatian ramai wanita. Namun, beliau bijak menggunakan kelebihan yang ada padanya dengan memilih kerjaya sebagai model. “Saya menerima hadiah Mercedes G55 sempena sambutan harijadi saya daripada seorang wanita misteri,” katanya kepada majalah In Touch. Selain menerima hadiah, Omar juga dikatakan kini mula membina tapak dalam kerjaya lakonan apabila membintangi sebuah filem pendek bersama bintang terkenal Navid Negahban. Copy Paste dari sinar harian. Lihat gambar Omar Borkan al-Gala yang di katakan hensem sangat tu di bawah. Gambar Omar Borkan al-Gala :