Skip to main content

Hawa Tercipta Saat Adam Tertidur - Mengapa?


Dikatakan bahawa seorang laki-laki jika kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya.

Seandainya Hawa diciptakan dari Adam ‘alaihissalam saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia akan membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa.

Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, dia melihat kematian ada dihadapannya, akan tetapi semakin bertambah sayang dan cintanya kepada anak yang dilahirkannya, bahkan dia akan menebusnya dengan kehidupannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu (jantung, hati nurani).

Oleh kerana itu, tugas Hawa adalah
menjaga qalbu. Oleh karena itu Hawa diciptakan dari tempat yang nantinya akan berinteraksi dengannya. Sementara Adam diciptakan dari tanah, kerana dia akan berinteraksi dengan tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu.

Adapun seorang wanita, maka akan berinteraksi dengan perasaan, dengan hati. Dia akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang isteri yang penurut.

Perubatan modern telah menetapkan bahawa seandainya bukan kerana tulang rusuk tersebut pastilah pukulan yang paling ringan yang diberikan kepada jantung akan menyebabkannya rosak dan menuju kepada kematian. Maka Allah menciptakan tulang rusuk tersebut untuk menjaga qalbu. Kemudian Dia menjadikannya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Oleh kerana itu, wajib bagi Hawa untuk berbangga kerana dia diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok!!

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, sebagaimana yang dikabarkan oleh Nabi saw, jika seorang laki-laki berusaha meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.

Yang dimaksud dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.

Maka wahai Adam, janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu.

google


Kredit to http://www.gempak.org/forum/

Comments

farhanamasdo said…
tapi sesetengah lelaki begitu tak suka dan tak paham . kenapa seorang wanita begitu sensetif . dan trlalu berperasaan . :(
Anonymous said…
haha, aku touching baca entri ni. selamat hari ahad
IamJoonet said…
aku still xjumpa pemilik tulang rusuk bengkok aku ni...aku tak merungut ok.

Popular posts from this blog

Mak Mudim Tukang Sunat yang Cun - 18SG

Cuti sekolah ni memang sesuatu yang nikmat bagi budak-budak sekolah, masa ni lah nak pergi jalan-jalan, mandi sungai, melancong, makan nasi kenduri, dan lain lain. tapi ada jugak yang ambil kesempatan cuti sekolah nih untuk bersunat / khatan. berkhatan sekarang tak macam dulu silap cara mau bentan sebulan haha., sekarang dalam berapa hari ja dah boleh berlari. ini aku nak kongsikan

JIKA AKU PELAKON POPULAR

Segmen : Jika Aku Pelakon Popular ...... Alkisahnya, semasa buat rondaan bersekutu dari bolg ke blog, sampailah ke blog Mak Dara   yang mengugguli anugerah Worst Blog Of The Year baru baru ni di Worlds Blogger & Social Media Awards 2012. Dia ada buat segmen berkisarkan industri seni lakon. almaklumlah orang industri perfileman katakan.. jom jawab soalan ringkas yang ditanya dalam segmen ini. Mak Dara Tanya : Nama glamo

Movie Ustaz Mu Tunggu Ku Datang

Ustaz Mu Tunggu Ku Datang | Filem Ustaz Mu Tunggu Ku Datang yang menampilkan Ajak dan Sharol SHIRO baru sahaja mulakan ditayangkan pada hari ini (28/11/2013) di pawagam. Seperti tak biasa, aku pun turut sama menyaksikan ustaz mu tunggu ku datang full movie di pawagam  GSC Amanjaya dengan my brother yang besday dia hari ini jugak. Secara keseluruhan ok lah movie ni. Apa yang hendak disampaikan oleh Piree Andre (macam mana nak eja?) sampai kepada penonton. Tahniah kepada tuan pengarah. Banyakan lagi filem dakwah macam ni banyak banyak. Kepada anda yang belum menonton, boleh la pergi menonton di pawangam GSC yang berdekatan. Sudah sudah la tu download movie kat internet. . .  hehe Sedikit Sinopsis Ustaz, Ku Tunggu Mu Datang. Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang mengisahkan seorang pemuda iaitu Dadu (Shahrol Shiro) yang tidak mempunyai hala tuju hidup. Dia sering dibuang kerja dan tidak pernah serius dalam hidup. Tinggal serumah pula dengan Muiz (Ajak Shiro) yang turut b...