Skip to main content

Cara Dapatkan Traffic Melalui Gambar untuk Blogger Baru

Ok fine. sejak dua menjak ni aku asyik cakap pasal awek ja. Isu pasal Yuyu Zulaikha tu aku pasti, memang ramai yang akan geli geleman. Hehe..

kita tinggalkan sekejap kisah pasal buah hati aku.

Sebelum apa apapun, aku nak beritahu, aku ni bukan lah seorang pakar dalam bidang seo. tapi tahu la sikit sikit. Aku paham hati blogger blogger baru ni. almaklumlah, aku pun terkial kial juga dulu. Alhamdulilah berkat expirement dan uji kaji dalam seo ni, aku akan kongsikan bersama untuk anda dan khususnya blogger baru.

Cara Dapatkan Traffic Melalui Gambar

Ini adalah cara yang paling simple. Untuk memberikan lebih 'ummphh' kepada entri anda, sudah pastinya anda akan letak gambar dalam blog tu.Dengan adanya gambar, entri anda akan lebih berseri dan menarik perhatian pembaca di luar sana.

Pekara yang paling penting dalam SEO adalah 'Keyword' atau kata kunci jadi, apa salahnya anda serapkan permainan keyword melalui gambar.

Sebenarnya teknik ini dinamakan ALT IMAGE TAGs OPTIMIZATION. kalau anda search google belambak tutorial pasal cara ini.

Jadi aku pasti bukan semua blogger yang akan paham dan tahu cara nak coding dan masukkan keyword di dalam gambar. Baiklah, megi sudah kembang, meh sini aku nak tunjuk macam mana nak masukkan keyword di dalam gambar.

Lihat gambar di bawah, sebagai contoh aku muat naik gambar.

Teknik, SEO, Bergambar
Lepas anda muat naik gambar dalam entri ada satu paparan warna biru macam kat atas tu kan. klik
'Properties'

Teknik, SEO, Bergambar

Paparan seperti di atas akan muncul bila anda klik 'properties' Di dalam kotak tulah anda perlu masukkan tajuk dan keyword.



Contohnya macam gambar bawah ini.
Teknik SEO Bergambar

Pada bahagian ALT tag tu la anda perlu masukkan keyword yang mungkin akan dicari di google. terpulang kepada anda. gambar di atas tu contoh saja...

Senang kan. sekurang kurangnya teknik mudah dapatkan trafik melalui gambar ni akan kuatkan seo untuk entri anda.  Segala kekurangan dan berlagak pandai, kumohon seribu kemaafaan. ^^



Comments

Popular posts from this blog

Mak Mudim Tukang Sunat yang Cun - 18SG

Cuti sekolah ni memang sesuatu yang nikmat bagi budak-budak sekolah, masa ni lah nak pergi jalan-jalan, mandi sungai, melancong, makan nasi kenduri, dan lain lain. tapi ada jugak yang ambil kesempatan cuti sekolah nih untuk bersunat / khatan. berkhatan sekarang tak macam dulu silap cara mau bentan sebulan haha., sekarang dalam berapa hari ja dah boleh berlari. ini aku nak kongsikan

5 Tips & Cara Hack 8share Untuk Tingkatkan Earning

Tips dan Cara Hack 8share Untuk Tingkatkan Earning Tips dan Cara Hack 8share Untuk Tingkatkan Earning | Nak dapat duit free menerusi online memang lah senang, senang? siapa yang cakap senang? kalau senang dah lama dah aku belikan backhoe untuk tokwan aku untuk uruskan kebun dia. Jadi apa boleh buat, kita HACK saja 8share bagi cepat sikit earning dia naik. Tanpa melengahkan masa lagi, jom kita baca bagaimana nak hack dan tingkatkan earning 8share. Pertama. HACk Yang pertama sekali anda mestilah hack diri anda dulu. Kena Rajin. Kena Ramah. Kena Sabar. Bak kata pepatah, ROME WAS NOT BUILD IN A DAY! Kedua, Ayat Power. Setakat terer mengorat awek mengunakan ayat sesumpah buat apa bro, serlahkan bakat anda dengan menulis status dengan mengunakan ayat ayat power. Tambah Penegasan dalam ayat anda, contoh. HEBAHAN, MESTI BACA, INFO MENARIK, dan sebagainya. Ketiga, Letak Gambar yang menarik pada post anda, tetapi letaklah gambar yang berkaitan dengan apa yang anda iklanka...

Blog Bergaya di Google dengan Sitelink

Alhamdulilah, tanpa aku sedar blog aku yang tak berapa nak hensem ni dah ada sitelink dari google. hoho.*cewi kalau di tanya penting ke sitelink ni? Google memberi Sitelinks kepada blog yang mempunyai prestasi. Secara tak langsung menambah kredibiliti blog tersebut. Pengguna internet juga lebih mempercayai blog yang mempunyai Sitelinks kerana ianya menampakkan ciri-ciri blog atau laman web yang hebat, menarik dan bermutu. Oleh itu, mana-mana blog yang mempunyai Sitelinks akan menerima lebih banyak klik dari Search Engine Results Page (SERP), mengikut terma carian yang menghasilkan Sitelinks. Selain itu, Sitelinks juga memberi lambang identiti tersendiri bagi sesebuah blog. sumber : http://www.teratakusang.com seperti yang anda lihat di dalam gambar tu, ada gambar abang hensem kan. kalau yang belum tahu itulah gambar dari google+ aku. gambar itu akan muncul setiap kali ada carian ke blog kita. kalau berminat, anda boleh la rujuk google webmaster untuk membuatnya. cuma satu ...