Skip to main content

Omg..Omg.. Masjid Pun nak DiPolitikkan

Tak abih-abih pasal Politik diaorang nih. sana politik, sini politik yang aku nih.?Politeknik.hehe..
Walaupun aku nih hanya manusia biasa, tak ada super power pun macam orang tu, tapi aku tetap juga ikuti perkembangan semasa...depa tak tahu ka, lebih setengah juta belia yang berumur 20-21 (macam aku nih) kat Malaysia nih duk perhatikan gelagat politik kat malaysia. hampa tau la kan situasi politik kat malaysia ni macam mana kan
.harga ehem2 naik la.. skandal seks hemoseksual la..berebut tanah la..kondem sana..kondem sini..negara kebajikan..opss.yang baru baru  ni pulak, pasal Politikkan Masjid. apa ke hal nih, huhu..nanti ada pilihanraya masjid ka.?omg..omg.. nanti jenuh la tok iman nak melobi dalam pilihanraya nanti untuk meraih undi. Bagi aku, tak elok la nak politikkan masjid. apa motif si DAP tu nak eh.? Perpecahan Umat Islam.? ce komen, ce komen..

Petikan dari BH

Kelmarin, kerajaan DAP Pulau Pinang memutuskan pemilihan jawatan kuasa masjid di seluruh negeri itu dijalankan menerusi proses ‘pilihan raya’ bermula pertengahan tahun ini.

Di GEORGETOWN, kerajaan negeri mengesahkan pemilihan ahli jawatankuasa kariah membabitkan kira-kira 200 masjid di seluruh negeri akan dibuat menerusi proses ‘pilihan raya’ mulai bulan ini.

Kaedah pemilihan itu diputuskan dalam mesyuarat khas Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) pada 20 Mei lalu dan seramai 500 pengerusi serta setiausaha kariah masjid sudah diberikan taklimat mengenainya pada 28 Mei lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Kassim, berkata proses pemilihan ahli jawatankuasa kariah berkenaan akan dikendalikan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Masjid dan Hal Ehwal MAIPP, Mohd Salleh Man.

Katanya, kaedah pelantikan itu diperkenalkan selepas perbincangan dengan pelbagai pihak, termasuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), MAIPP dan badan bukan kerajaan (NGO) Islam.

“Ia juga bertujuan menambahbaik peraturan sedia ada sejajar Seksyen 104 (1) (b) Enakmen Negeri Pulau Pinang 2004 dan Kaedah 4 (1), Kaedah-Kaedah Jawatankuasa Kariah dan Pegawai Masjid (negeri Pulau Pinang) pindaan 2003,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Beliau berkata, semua kariah masjid di negeri ini sudah diberikan notis untuk mengadakan mesyuarat agung khas bagi pemilihan jawatankuasa, termasuk mengedarkan borang pencalonan menerusi setiausaha kariah dan pejabat agama daerah

update:
jgn marah saya ye..just pandangan cetek dari belia yang sedang mencari identiti.hehe. komen bernas anda amatlah diperlukan, sebagai proses pembelajaran kepada belia-belia macam aku ni kat luar sana tahu apa itu politik dalam erti kata sebenar. kami dah di momok kan dengan macam2 hal dunia politik, sebab kami juga tgk berita..baca surat khabaq..dengan ayah mak duk sembang..dan  mcm2 lagi. semoga politican di luar sana memberi contoh yang baik pada kami. ^^ -

Comments

Pembahas Bebas said…
nak lebih pasti...better anda p sendiri surau2 dan masjid2 kat penang..jgn skdar solat Jumaat je p kat penang anda sudah serba taw...cuba p solat subuh..ada di citekan sal ni ye...jgn main tuduh je admin...siasat sblom buat..ada faedah di sebalik tu....dengar dulu penerangan...jgn tutp sbelah mata je
Akemal said…
Bernas pandangan saudara/saudari..hehe. terimakasih sebab komen. ini pendapat individu je.. x sebelah mana2 pihak. prhse"BODOH" tu cuma untuk bayangan sahaja, tak tak ditujukan untuk mana2 pihak. tiada tuduhan untuk sapa2 pun dalam entry ni. sebab ada 'tanya' (?) nak tnya ja..jangan marah ^^
Anonymous said…
dunia dunia..kalau nak bersuara ..tak yah pakai title 'anon'..ada yang tak puas hati tonjol diri...opss sorry
Nujum Pak Belalang said…
mal mal..ak sokong gak pembahas bebas..ngahahaha.....sbab ak pon poee surau kat pasar malam kt poli tu minggu lpas ..dia cite sal pilihan raya ni..x apa yg x elok pon wei..hahaha...cara lagi sistematik..nok taw lebih lanjut mu msj fb ak..hahaha
KinosKoko said…
bosan kan ngn isu politik yang tak abes2...mcm da xde modal lain nak guna

Popular posts from this blog

Mak Mudim Tukang Sunat yang Cun - 18SG

Cuti sekolah ni memang sesuatu yang nikmat bagi budak-budak sekolah, masa ni lah nak pergi jalan-jalan, mandi sungai, melancong, makan nasi kenduri, dan lain lain. tapi ada jugak yang ambil kesempatan cuti sekolah nih untuk bersunat / khatan. berkhatan sekarang tak macam dulu silap cara mau bentan sebulan haha., sekarang dalam berapa hari ja dah boleh berlari. ini aku nak kongsikan

5 Tips & Cara Hack 8share Untuk Tingkatkan Earning

Tips dan Cara Hack 8share Untuk Tingkatkan Earning Tips dan Cara Hack 8share Untuk Tingkatkan Earning | Nak dapat duit free menerusi online memang lah senang, senang? siapa yang cakap senang? kalau senang dah lama dah aku belikan backhoe untuk tokwan aku untuk uruskan kebun dia. Jadi apa boleh buat, kita HACK saja 8share bagi cepat sikit earning dia naik. Tanpa melengahkan masa lagi, jom kita baca bagaimana nak hack dan tingkatkan earning 8share. Pertama. HACk Yang pertama sekali anda mestilah hack diri anda dulu. Kena Rajin. Kena Ramah. Kena Sabar. Bak kata pepatah, ROME WAS NOT BUILD IN A DAY! Kedua, Ayat Power. Setakat terer mengorat awek mengunakan ayat sesumpah buat apa bro, serlahkan bakat anda dengan menulis status dengan mengunakan ayat ayat power. Tambah Penegasan dalam ayat anda, contoh. HEBAHAN, MESTI BACA, INFO MENARIK, dan sebagainya. Ketiga, Letak Gambar yang menarik pada post anda, tetapi letaklah gambar yang berkaitan dengan apa yang anda iklanka...

Blog Bergaya di Google dengan Sitelink

Alhamdulilah, tanpa aku sedar blog aku yang tak berapa nak hensem ni dah ada sitelink dari google. hoho.*cewi kalau di tanya penting ke sitelink ni? Google memberi Sitelinks kepada blog yang mempunyai prestasi. Secara tak langsung menambah kredibiliti blog tersebut. Pengguna internet juga lebih mempercayai blog yang mempunyai Sitelinks kerana ianya menampakkan ciri-ciri blog atau laman web yang hebat, menarik dan bermutu. Oleh itu, mana-mana blog yang mempunyai Sitelinks akan menerima lebih banyak klik dari Search Engine Results Page (SERP), mengikut terma carian yang menghasilkan Sitelinks. Selain itu, Sitelinks juga memberi lambang identiti tersendiri bagi sesebuah blog. sumber : http://www.teratakusang.com seperti yang anda lihat di dalam gambar tu, ada gambar abang hensem kan. kalau yang belum tahu itulah gambar dari google+ aku. gambar itu akan muncul setiap kali ada carian ke blog kita. kalau berminat, anda boleh la rujuk google webmaster untuk membuatnya. cuma satu ...