Skip to main content

Template Mesra SEO Lah Sangat !

Template Mesra SEO | Bersempena lebaran yang akan datang ini, blog masam masam manis ni berwajah baru. Saja aku salin kulit blog ni. Pada asalnya hanya nak tukar banner raya saja, tapi jari ni gatal pulak nak edit edit. Habis jahanam blog ni. haha.



Alang alang dah jahanam, aku rasa baik aku betulkan coding template yang lama. Lagipun banyak coding add on yang sebelum sebelum ni aku tak manage betul-betul. Ada yang  buang pun tak habis. tambahan pula  tag H1 yang sebelum ni tak ada di blog ni.

Lagi satu yang leceh pasal template blogspot ini adalah pengunaan 'title' dan 'description' pada link atau image. Semua nak kena manual. Kenapalah orang yang buat template ni tak letak sekali ya. huhu. Ingatkan bila dah pakai thesis MESRA SEO LAH SANGAT ni boleh dapat 100% score. haha.

Jangan mimpilah kalau pakai template free nak jadi TEMPLATE MESRA SEO secara total. Blog aku ni score 55% ja kat chkme. Tu pun dengan hanya berharap pada struktur heading tag pada template thesis ni. kalau tak jangan harap blog aku ni nak muncul di google.

Lagi nak tergelak aku tulis pasal SEO bagai, tapi blog haram tak seo pun. kah kah kah.

Aku tau ada dikalangan korang yang fikir macam tu kat blog aku ni. buat tip seo, tapi blog tak mesra seo pun. Alah releks la. SEO tu seni, bukan hanya sekadar template saja, kan. Banyak lagi benda dalam seo ni yang kita boleh explore. sampaikan nak pilih huruf buat keyword dalam entri pun ada cara dia. Cumanya kalau ada template seo, itu lebih baik.

Kalau dah tak mampu nak jadikan template korang tu sampai seo score 100%, cukuplah letak struktur 'struktur mudah seo' yang korang pun boleh buat sendiri. contohnya letak meta tag ke, sekurang kurangnya boleh membantu sedikit kemunculan blog korang di google. Teknik SEO Mudah

Sejujurnya aku jemu pakai blogspot ni. Kalau ada duit raya lebih nanti ingat nak tukar platform. Menyesal pulak dulu aku tak simpan duit hadiah contest yang pernah aku join dulu dan pandapatan sampingan dari blog ni. Habis di belanjakan untuk beli coki coki selori.

Kesimpulannya gunalah thesis template mesra seo daripada forblogger ni. (tiba tiba) Link di bahagian bawah footer.




Comments

Popular posts from this blog

Mak Mudim Tukang Sunat yang Cun - 18SG

Cuti sekolah ni memang sesuatu yang nikmat bagi budak-budak sekolah, masa ni lah nak pergi jalan-jalan, mandi sungai, melancong, makan nasi kenduri, dan lain lain. tapi ada jugak yang ambil kesempatan cuti sekolah nih untuk bersunat / khatan. berkhatan sekarang tak macam dulu silap cara mau bentan sebulan haha., sekarang dalam berapa hari ja dah boleh berlari. ini aku nak kongsikan

*Update* Jom Sertai Bloglist Kertas Warna Merah!!

Blog Bergaya di Google dengan Sitelink

Alhamdulilah, tanpa aku sedar blog aku yang tak berapa nak hensem ni dah ada sitelink dari google. hoho.*cewi kalau di tanya penting ke sitelink ni? Google memberi Sitelinks kepada blog yang mempunyai prestasi. Secara tak langsung menambah kredibiliti blog tersebut. Pengguna internet juga lebih mempercayai blog yang mempunyai Sitelinks kerana ianya menampakkan ciri-ciri blog atau laman web yang hebat, menarik dan bermutu. Oleh itu, mana-mana blog yang mempunyai Sitelinks akan menerima lebih banyak klik dari Search Engine Results Page (SERP), mengikut terma carian yang menghasilkan Sitelinks. Selain itu, Sitelinks juga memberi lambang identiti tersendiri bagi sesebuah blog. sumber : http://www.teratakusang.com seperti yang anda lihat di dalam gambar tu, ada gambar abang hensem kan. kalau yang belum tahu itulah gambar dari google+ aku. gambar itu akan muncul setiap kali ada carian ke blog kita. kalau berminat, anda boleh la rujuk google webmaster untuk membuatnya. cuma satu ...