Skip to main content

7 Sifat yang Perlu Ada Pada Blogger Baru

 7 Sifat yang Perlu Ada Pada Blogger Baru




Ingin tahu 7 ciri ciri yang perlu ada kepada seorang blogger? Baiklah, kali ini aku akan kongsikan 7 sifat blogger yang perlu ada untuk berjaya. Semoga kita sama sama succes!


1. Ghairah

Apa yang perlu ada untuk untuk menjadi seorang blogger yang baik dan bukannya tahi tahi ayam ialah GHAIRAH. Ghairah untuk menulis, ghairah untuk menghasilkan sesuatu yang menarik dan pelbagai lagi. Keghairahan akan membuatkan anda akan terus bertahan TANPA JEMU untuk berblogging.


2. Kreativiti

Untuk mendapatkan idea untuk menulis mungkin agak sukar buat yang baru mula blogging . tetapi masalah itu boleh diatasi dengan kerajinan dan kekerapan anda untuk berblogging. Cuba tulis entry yang baru dan segar untuk pembaca walaupun hanya dengan 2 perenggan.


3. Cekal

Sikap ini sudah semestinya perlu ada. Sesetengah orang yang baru berblog pada mulanya akan berasa amat terlalu bersemangat, tetapi lama kelamaan semangat itu kian menghilang dan mereka akan berhenti untuk update blog mereka. Alasannya mudah 'tak ada idea'.  Jadi, apa yang perlu dilakukan ialah pilih niche blog anda. Tetapkan topik utama yang akan anda tulis di blog anda. Sebagai contoh blog KWM ini banyak entry yang berkenaan Komputer dan SEO.


4. Kualiti

Kualiti dalam penulisan blog akan hadir jika anda kerap menulis. Jangan jemu untuk menulis.


5. Marketing Skill

Hebahkan blog anda dengan pelbagai medium yang ada. Macam macam cara ada untuk anda kenalkan blog anda kepada orang ramai contohnya FACEBOOK dan TWITTER. dan lagi satu jangan abaikan SEO, ambillah sedikit masa untuk mengenali apa itu SEO.
Buatlah Segmen. Contest. atau apa saja yang akan membuatkan blog anda dikenali oleh orang ramai.


6. Strong Heart

Anda perlu tahu, tak ramai yang akan setuju 100% pendapat mahupun apa yang anda tuliskan di blog. Jadi ketahanan dari segi mental dan jiwa raga amat lah diperlukan. jangan patah semangat andaikata ada yang berbeza pendapat dengan anda. Ambillah itu sebagai panduan dan rujukan untuk menjadi lebih baik.


7. Berguna

Blogger adalah sebuah komuniti atau masyarakat. Oleh itu kita seharusnya saling membantu antara satu sama yang lain. Jika ada soalan yang ditanya kepada anda, cubalah balas dengan sebaik mungkin.


Semoga  7 Sifat Blogger yang Perlu Ada Pada Blogger Baru  ini bermanfaat untuk anda, Sharing is Caring!

Comments

Anonymous said…
marketing skill tuh pling penting... tapi kalo stakat nk wat blog personal ~ better ikut sukati diri sendiri je....huhuhu
Anisa Anuar said…
strong heart...nice term...
do it 4 fun...
dayteenlea said…
terima kasih bagi tips :)
ikaa said…
wahhhh bgus nie akmal~
Unknown said…
yang penting apa yg nak kita sampaikan itu perlu ikhlas... bagi aku aku suka menulis dengan cara bersahaja tapi penuh nasihat dan yang penting aku ikhlas bila menulis :)
Akemal said…
@Syakir Rahman yes bro..kalau personal,ikut suka hati je..
Akemal said…
@paripariputih betul tu tak.ikhlas perlu ada.
Unknown said…
tips yang menarik tu bro hehehehe
 Berpeluang untuk Win RM2000!
Unknown said…
nice bro :D ..
teruskan usaha
Unknown said…
time kasih sebab kasi tips macam ni, saya pun blogger baru, Insyaallah akan saya ikut tip ni
ecadwinkyasha said…
mal..nk tmbh...
kena jadi blogger yg xpemalu. :P
yaya ade said…
tips ni b'guna tuk sy yg selalu xde idea. haha.
Anonymous said…
wah best ni hehe nasihat yg bagus utk org baru mcm din ni :D

Popular posts from this blog

Kitab Injil yang Sebenar di temui

Sebuah Kitab Injil yang mengandungi ramalan bahawa Nabi Muhammad saw bakal muncul di akhir zaman telah mencetuskan minat daripada Vatican, pusat keagamaan bagi Kristian bermazhab Katholik. Pope Benedict XVI sendiri teruja untuk melihat isi kandungan Injil yang dikenali ‘Gospel of Barnabas’ itu. Injil yang bertinta emas dan keseluruhan menggunakan bahasa ibunda Nabi Isa as, bahasa Aramaic dianggarkan berusia lebih daripada

Apa Itu Phishing.?

Apa itu Phishing.?  Phishing merupakan percubaan untuk melakukan jenayah penipuan dengan mendapatkan maklumat sensitif, seperti username, password dan butiran kad kredit, dengan muncul sebagai entiti yang dipercayai dalam sebuah komunikasi elektronik. Bank online, eBay, PayPal dan lain-lain adalah target umum seorang penggodam.  Phishing biasanya dilakukan melalui e-mel atau mesej segera dan sering mengarahkan pengguna untuk memasukkan butiran di sebuah website.  Phishing adalah contoh dari teknik kejuruteraan sosial yang digunakan untuk menipu pengguna. Percubaan untuk menangani peningkatan jumlah insiden phishing termasuklah melalui perundangan, latihan kepada pengguna, kesedaran masyarakat, dan langkah-langkah teknikal. Percubaan phishing yang terbaru telah menyasarkan pelanggan bank dan perkhidmatan pembayaran dalam talian. laman jejaring sosial seperti Orkut juga merupakan target phishing. E-mel palsu adalah alat yang paling banyak diguna...

Gambar Permainan Anak Gadis di Rusia

Anak anak gadis di rusia telah menemui permainan baru untuk memenuhi masa lapang mereka. Permainan ini menguji kelajuan nafsu adrenalin yang mengalir dalam tubuh mereka yang putih melepak tu. Aku harap gadis gadis kat malaysia ni masih ada lagi benda untuk bermain. Buat benda benda yang berfaedah contohnya berblog ke..jangan di tiru pulak bebudak rusia ni. Sayang betul kalau muka lawa macam awek kat atas tu tapi cacat atau mati muda disebabkan main benda ini. Jom lihat apa yang gadis gadis rusia ni main.