Skip to main content

Gambar Bot Ekspres Bawa 100 Penumpang Karam Di Belaga

Bot Ekspres Bawa 100 Penumpang Karam Di Belaga




SIBU: Sebuah bot ekspres sarat dengan penumpang yang ingin pulang untuk sambutan Hari Gawai, karam di kawasan Jeram Tukok/Jeram Bungan, kira-kira 40 minit perjalanan dari sini, pada Selasa.

Sehingga kini jumlah mangsa belum disahkan dan polis masih berada di tempat kejadian.

Ketika kejadian yang dilapor antara pukul 8.30 dan 9 pagi ini, bot berkenaan dikatakan membawa lebih 100 penumpang yang ingin pulang untuk sambutan Pesta Gawai Dayak hujung minggu ini.

Anggota Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Majlis Daerah Kapit Daniel Levoh ketika dihubungi Bernama berkata 'Bot Ekspres Bakun Mas' itu melepasi Belaga pada pukul 8 pagi.

Daniel berkata beliau dimaklumkan bahawa hanya seorang wanita mengandung yang maut dalam kejadian itu.

Beliau berkata bot yang datang dari Bakun itu membawa penumpang yang kebanyakannya pekerja pembalakan dan ladang kelapa sawit di kawasan itu.

"Bot itu biasanya berhenti di Belaga tetapi disebabkan telah penuh, ia meneruskan perjalanan tanpa berhenti di Belaga," katanya.

"Ramai penumpang dilihat duduk di atas bumbung bot itu," katanya sambil memberitahu kapasiti bot itu ialah 67 penumpang.

Sementara itu ketua penerangan Parti Rakyat Sarawak Dannny Bungan berkata polis dan petugas Lembaga Sungai Sarawak perlu ditempatkan di kawasan-kawasan pedalaman seperti Bakun dan Belaga untuk memantau keadaan semasa sambutan sesuatu perayaan besar.

"Terdapat terlalu ramai pekerja dari Kapit dan kawasan-kawasan lain di kawasan Bakun. Apabila tiba cuti panjang orang ramai akan berpusu-pusu untuk pulang ke kampung dengan bot ekspres," katanya.~ Mstar

Comments

Popular posts from this blog

Mak Mudim Tukang Sunat yang Cun - 18SG

Cuti sekolah ni memang sesuatu yang nikmat bagi budak-budak sekolah, masa ni lah nak pergi jalan-jalan, mandi sungai, melancong, makan nasi kenduri, dan lain lain. tapi ada jugak yang ambil kesempatan cuti sekolah nih untuk bersunat / khatan. berkhatan sekarang tak macam dulu silap cara mau bentan sebulan haha., sekarang dalam berapa hari ja dah boleh berlari. ini aku nak kongsikan

*Update* Jom Sertai Bloglist Kertas Warna Merah!!

Blog Bergaya di Google dengan Sitelink

Alhamdulilah, tanpa aku sedar blog aku yang tak berapa nak hensem ni dah ada sitelink dari google. hoho.*cewi kalau di tanya penting ke sitelink ni? Google memberi Sitelinks kepada blog yang mempunyai prestasi. Secara tak langsung menambah kredibiliti blog tersebut. Pengguna internet juga lebih mempercayai blog yang mempunyai Sitelinks kerana ianya menampakkan ciri-ciri blog atau laman web yang hebat, menarik dan bermutu. Oleh itu, mana-mana blog yang mempunyai Sitelinks akan menerima lebih banyak klik dari Search Engine Results Page (SERP), mengikut terma carian yang menghasilkan Sitelinks. Selain itu, Sitelinks juga memberi lambang identiti tersendiri bagi sesebuah blog. sumber : http://www.teratakusang.com seperti yang anda lihat di dalam gambar tu, ada gambar abang hensem kan. kalau yang belum tahu itulah gambar dari google+ aku. gambar itu akan muncul setiap kali ada carian ke blog kita. kalau berminat, anda boleh la rujuk google webmaster untuk membuatnya. cuma satu ...