Skip to main content

Contest SEO : Cinta Kotak Fibox

"Contest SEO : Cinta Kotak Fibox"


Contest datang lagi.!! Cinta Kotak Fibox


assalamualaikum, hajat si pemilik topsite Brader Alan akhirnya tercapai dengan berlangsungnya sebuah/ sekampit/ secangkir/ contest yang bertemakan SEO. walaweh..eh eh SEO tu apa? biskut ke?

SEO, adalah singkatan kepada Search Engine Optimization, iaitu kaedah oleh tukang blog atau website untuk mendapatkan kedudukan yang paling atas di dalam enjin carian, contohnya google.

Berbalik pada contest yang berindukkan di blog zhaf, contest yang diberi nama "CintA Kotak Fibox" akan di adili mengikut ke ter senaraian blog di dalam enjin carian. so, sapa sapa blog yang terletak paling atas sekali, dia la juara nya. huhu.

kebaikan daripada pandangan mata sukma aku, contest SEO Cinta Kotak Fibox ni bagus sebagai latihan untuk sapa -sapa yang berjinak - jinak dengan cinta, eheh, dengan SEO.

Aku pun baru je belajar sikit-sikit, selalu berblog pun tak kisah sangat pasal keyword-keyword nih. huhu. lagipun tak rugi belajar kan..

Berbalik pada contest SEO CINTA KOTAK FIBOX ni, kalau hampa nak join, jom terjah blog si zhaf nih untuk maklumat lanjut.
aku hentam  je lah...haha

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Drama Sebabak : CINTA KOTAK FIBOX (sinopsis)
Episode : empat ratus lebih kot.

Hari makin suram, tubuh makin lesu..hari hari makan biskut susu.. (nyanyi)
begitulah kehidupan seharian Alan, hidup keseorangan tanpa teman teman di sisi, selepas tamat pengajian nya di universiti Hatyai, dia terus pulang ke Malaysia. dengan berbekalkan PHD, yang di terimanya sebagai pakar saiko logik, dia berkerja sebagai saintis di syarikat biskut yang terkemuka di Malaysia.

akibat terlalu asyik dengan pelajaran sewaktu di universiti, dia terlupa untuk mencari seorang teman mahupun awek apatah lagi isteri buat peneman hidup nya.  Dengan umur yang semakin tidak muda, Alan tertekan dengan desakan keluarganya yang menyuruh nya mencari cinta.

"Alan, bila kau nak kawen ni hah? tengok anak makcik sebelah rumah kita tuh, si Liney tuh, dah sedozen anak. kau pulak bila nak kawen, mak teringin nak timang cucu." kata Datin Wawa kepada anak kesayangan nya.

begitulah permintaan Datin Wawa, kepada Alan. bukan dia tidak mahu mencari calon isteri, mahupun awek. tetapi apakan daya. dia tidak tahu cara cara mencari jodoh. pelbagai bagai tutorial yang di cari nya di google, tetapi masih lagi tidak membuahkan hasil.

dia juga ada mendaftarkan diri di agensi mencari jodoh, tetapi lepas sebulan, agensi itu di tutup sebab tak laku. dengar khabarnya hanya Alan sorang saja yang mendaftar disitu. hahahahha.!

Pada malam yang sunyi, agak-agak dalam pukul 3 macam tu, Alan bangun untuk solat malam. solat istikarah juga menghiasi solat solat malam nya. kembali kepada Allah, itu yang sebaik baiknya jalan yang ada untuk mencari jodoh aka cinta.

Selepas solat malam, Alan tetiba terpandang laptop cap alienware di tepi katil. dengan tertib, saintis tu membuka laptop nya. Dengan tawaduk nya, dia membuka mp3 surah surah lazim sambil dia membuka mozilla. di taipnya 'topsite' untuk mengetahui perkembangan topsite nya. wah.. makin ramai yang melibatkan diri di topsite yang di wujudkan oleh nya. senyum sorang sorang disitu.

tetiba, dia terpandang satu iklan berbentuk spam di cibox nya. dengan rasa tidak puashati, dia pun klik iklan tu. rupa rupanya, iklan tu sedang mempromosikan chat box terbaru iaitu FIBOX.  dengan agak teruja, dia pun tukar la cibox yang dump itu kepada Fibox. dengan tak semena mena, topsite dia menjadi hot oleh kerana fibox yang baru di pasang.

semasa di page Fibox, dia terlihat ada beberapa orang yang tengah chat live di fibox. tetiba, mata nya melirik pantas kearah dengan nickname 'ikaa cun meletop kebabom'. hati Alan terkesima, adakah ini cinta, kata Alan dalam hati.

Pada masa yang sama, dia terpandang nick umi dan dakwat plastik, protes tengah memadu asmara. mereka bagaikan bercinta di dalam kotak oren itu. Alan pun rasa nak try jugak mencari cinta di fibox tu. dengan nick 'Lan tegap taff' dia mempertaruhkan di Fibox itu. baginya, itu salah satu ikhtiar untuk mencari cinta.

Bagaikan umpan mengena ikan, teknik Alan menjadi. Mungkin tuah pada hari itu milik nya. ikaa juga telah jatuh tangga cinta kepada Alan. bibit bibit kemesraan ala ala cerita cinta vanila cap coklat telah subur di hati mereka. cinta kotak fibox yang berwarna oren putih yang kadang kala membosankan tu akhirnya menjadi saksi cinta mereka.

Alan pun tidak menyangka, facebook yang popular tu pun kalah kepada Fibox dalam usaha mencari cinta. dengan memperoleh bonus sampingan iaitu traffic dari FIbox yang berdesup desap, Alan semakin ketagih dengan bahana Fibox. cinta kotak fibox yang di wujudkan oleh ikaa, Alan, Umi, dan Dakwat, akhirnya membawa lebih ramai gadis-gadis dan teruna yang turut ingin mengikut jejak langakah mereka.

owner Fibox yang tak tahu apa apa, akhirnya pengsan akibat Fibox yang baru dia buat, tak pasai pasai terpopular. dan mesti dia tengah sengeh sorang sebab ramai yang duk promosi Fibox dia.

Bersambung.....

Pengarah : Merah Macho Hot
Penolong Pengarah : Gumiho Hot Hot Spicy
Watak dalam ni adalah mengunakan nama samaran. so jangan perasan, tersentuh, tersentap, tacing2, emosi. kerana ini adalah cerita rekaan.

nantikan Cinta Kotak Fibox The Movie 2064 di pawagam berhampiran anda.


p/s: tahniah sebab berjaya habiskan membaca cerita mengarut nih.hahaha
tak menang pun takpa, janji puas kenakan si alan. hahaahahah 

aku tag semua dalam senarai bloglist aku. haha.

Comments

MiSz AzUmI said…
merah!!bestt ar entry nie..!!walawehh..cayalahhhh..
spanjang dok baca asik nk tgelak-2 ja..sah abg lan pon tegolek2 bca dpan pc dya..kihkih :P
Mzek said…
salam perkenalan, tumpang lalu bro :)
wahh sayang ! hahahaha..nk tergolek bace ni.haha..adoi..abg lan jgn tergoda ye dgn citer merah ni.haha..
hmm..penolong pengarah pon penolong la.hahaha
Unknown said…
ekekeke..kalakar siot..
ikaaaaaaaa....miss u..

goodluck merah! ^__^v

link update contest ► http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?p=12473189
ikaa said…
abangggggggggggg

miss u toooooooo...:p

hahah teh laa merah...tp :(
nk msuk filem merah pas nie...jd menantu datin wawa..wakakakaka
MiszNadea said…
ini dia bila merah beraksiii
Akemal said…
Hehe..toce2..sebab baca drama sebabak nih..haha..
Unknown said…
Salam merah..pemenang telah diumumkn untuk kontest ni..jom kita tgk siapakah mereka ► http://goo.gl/L1ZKG

Popular posts from this blog

Kitab Injil yang Sebenar di temui

Sebuah Kitab Injil yang mengandungi ramalan bahawa Nabi Muhammad saw bakal muncul di akhir zaman telah mencetuskan minat daripada Vatican, pusat keagamaan bagi Kristian bermazhab Katholik. Pope Benedict XVI sendiri teruja untuk melihat isi kandungan Injil yang dikenali ‘Gospel of Barnabas’ itu. Injil yang bertinta emas dan keseluruhan menggunakan bahasa ibunda Nabi Isa as, bahasa Aramaic dianggarkan berusia lebih daripada

Mak Mudim Tukang Sunat yang Cun - 18SG

Cuti sekolah ni memang sesuatu yang nikmat bagi budak-budak sekolah, masa ni lah nak pergi jalan-jalan, mandi sungai, melancong, makan nasi kenduri, dan lain lain. tapi ada jugak yang ambil kesempatan cuti sekolah nih untuk bersunat / khatan. berkhatan sekarang tak macam dulu silap cara mau bentan sebulan haha., sekarang dalam berapa hari ja dah boleh berlari. ini aku nak kongsikan

Gambar Permainan Anak Gadis di Rusia

Anak anak gadis di rusia telah menemui permainan baru untuk memenuhi masa lapang mereka. Permainan ini menguji kelajuan nafsu adrenalin yang mengalir dalam tubuh mereka yang putih melepak tu. Aku harap gadis gadis kat malaysia ni masih ada lagi benda untuk bermain. Buat benda benda yang berfaedah contohnya berblog ke..jangan di tiru pulak bebudak rusia ni. Sayang betul kalau muka lawa macam awek kat atas tu tapi cacat atau mati muda disebabkan main benda ini. Jom lihat apa yang gadis gadis rusia ni main.