Skip to main content

#OPS 30 MARCH - Pembelaan Palestin

#OPS 30 MARCH - Pembelaan Palestin

Pada tanggal 30 March setiap tahun satu perarakan yang dinamakan "GLOBAL MARCH TO JERUSALEM"  diadakan bagi menuntut kebebasan ke atas Jerusalem dan orang-orangnya. Tarikh ini dipilih kerana ianya merupakan satu simbolik bagi hari bersejarah yang terpahat dalam memori penduduk Palestin iaitu "PALESTINE LAND DAY". "PALESTINE LAND DAY"  hari yang diraikan pada setiap 30hb Mac setiap tahun, acara ini menandakan peristiwa Mac 1976 selepas pihak Israel merampas ribuan dunum tanah awam dan swasta di kawasan majoriti Palestin.

Sehubungan dengan itu , "GLOBAL MARCH TO JERUSALEM"  bertujuan  untuk menuntut kebebasan untuk Baitulmaqdis dan masyarakat Palestin  disamping bertekad untuk mengakhiri dasar Aparteid dan polisi  pembersihan etnik yang memberi kesan mendalam terhadap rakyat, tanah  jajahan dan kesucian Kota Baitulmaqdis yang mana merupakan satu jenayah  bukan sahaja terhadap rakyat Palestin, bahkan terhadap semua masyarakat  diseluruh dunia.

Seiring dengan acara ini satu event akan
dijalankan oleh beberapa kumpulan hacker ternama antaranya ialah Dragonforce , RileksCrew Dan VVIP dan akan dibantu beberapa kumpulan hacker  dari seluruh Malaysia yang dinamakan sebagai #OPS 30 MARCH.Event ini dilaksanakan dengan cara mendeface beberapa laman web Israel mengikut kreativiti masing agar mesej kita dapat disampaikan  kepada pihak Israel.





Ada bakat? kalau aku tak ada, tapi kempen ini aku sokong penuh 1000%. 
Daripada duk deface blog orang yang tak bersalah, baik join kempen ni.. 
Israel (Zionis) akan tumpas juga suatu hari nanti. Itu janji Allah!
Doa jangan lupa untuk saudara kita disana


Sumber : http://www.mydefacer.df.my/2012/03/misi-ops-30-march.html
Promo : http://bonniechengdesign.com/


Comments

Mohammed Faizal said…
jom beramai-ramai ke stadium melawati shah alam...
ikaa said…
stadium shah alam?? mak aiii jauh kot
Yumida said…
kesian pd rakyat palestine...moga mereka mendpt keredhaan n perlindungan drpd Allah Taala
Zura Holmes said…
zura pun x de bakat..tapi zura doakan moga umat islam dibela..jika kita bersatu..InsyaAllah,Allah bantu kita..Amiin...

Popular posts from this blog

Mak Mudim Tukang Sunat yang Cun - 18SG

Cuti sekolah ni memang sesuatu yang nikmat bagi budak-budak sekolah, masa ni lah nak pergi jalan-jalan, mandi sungai, melancong, makan nasi kenduri, dan lain lain. tapi ada jugak yang ambil kesempatan cuti sekolah nih untuk bersunat / khatan. berkhatan sekarang tak macam dulu silap cara mau bentan sebulan haha., sekarang dalam berapa hari ja dah boleh berlari. ini aku nak kongsikan

JIKA AKU PELAKON POPULAR

Segmen : Jika Aku Pelakon Popular ...... Alkisahnya, semasa buat rondaan bersekutu dari bolg ke blog, sampailah ke blog Mak Dara   yang mengugguli anugerah Worst Blog Of The Year baru baru ni di Worlds Blogger & Social Media Awards 2012. Dia ada buat segmen berkisarkan industri seni lakon. almaklumlah orang industri perfileman katakan.. jom jawab soalan ringkas yang ditanya dalam segmen ini. Mak Dara Tanya : Nama glamo

Movie Ustaz Mu Tunggu Ku Datang

Ustaz Mu Tunggu Ku Datang | Filem Ustaz Mu Tunggu Ku Datang yang menampilkan Ajak dan Sharol SHIRO baru sahaja mulakan ditayangkan pada hari ini (28/11/2013) di pawagam. Seperti tak biasa, aku pun turut sama menyaksikan ustaz mu tunggu ku datang full movie di pawagam  GSC Amanjaya dengan my brother yang besday dia hari ini jugak. Secara keseluruhan ok lah movie ni. Apa yang hendak disampaikan oleh Piree Andre (macam mana nak eja?) sampai kepada penonton. Tahniah kepada tuan pengarah. Banyakan lagi filem dakwah macam ni banyak banyak. Kepada anda yang belum menonton, boleh la pergi menonton di pawangam GSC yang berdekatan. Sudah sudah la tu download movie kat internet. . .  hehe Sedikit Sinopsis Ustaz, Ku Tunggu Mu Datang. Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang mengisahkan seorang pemuda iaitu Dadu (Shahrol Shiro) yang tidak mempunyai hala tuju hidup. Dia sering dibuang kerja dan tidak pernah serius dalam hidup. Tinggal serumah pula dengan Muiz (Ajak Shiro) yang turut b...