Asalamualikum, dah baca tips asas penyelesaian masalah komputer siri 1.?
kalau belum baca, sila baca..
tanpa membuang masa, jom kita sambung tips yang seterusnya,
ini adalah masalah yang biasa kita jumpa, kadang-kadang dek kerana virus yang durjana telah merosakkan sistem komputer dan menyebabkan kita tak boleh nak log in, atau tak boot. jadi bagaimana kita nak ambil data yang disimpan di dalam komputer tu?
- Guna Hiren's Boot Cd. aku rasa ini adalah benda yang boleh dikatakan perlu ada untuk setiap pengguna komputer. ada sekeping pun jadi la.
- Apa fungsi nya Hiren's Boot Cd ni? Terdapat banyak fungsi Hren boot Cd ni, contohnya yang paling popular nak resetkan balik password komputer atau laptop bila kita terlupa. tetapi, dalam Hiren Boot Cd ni jugak terdapat 'Mini Xp' dan ;Mini' Linux. yang membolehkan kita memasuki atau log in komputer yang tak boleh nak boot tersebut.
Sila Klik Untuk Pembesaran Yang Sempurna |
- Bagaimana? langkah pertama, hangpa perlu download ISO Hiren's boot Cd. selepas itu, burn/bakar di dalam satu cd kosong. kalau tak nak guna cd kosong, di dalam file yang anda download tu ada satu tools yang membolehkan anda memasukkan hiren boot cd itu ke dalam pendrive.
- selepas selesai burn iso Hiren boot Cd tu, sila boot komputer anda dengan mengunakan cd yang hangpa burn tu. (caranya sama dengan cara nak install windows komputer.)
- Semasa boot, satu paparan akan keluar seperti gambar di atas. pilih Mini XP atau Mini Linux. ikut kehendak hangpa lah.
- Selepas itu anda akan dibawa ke satu tetingkap yang seakan akan Mini XP atau Mini Linux. disitu, anda bolehlah backup data dan simpankan ke dalam pendrive atau external hardisk.
Bersambung..
Link Pilihan Hari Ini : Sedikit Perkongsian ; Ingatlah 4 Perkara Ini Bila Anda Jatuh Sakit
Comments
bapa episod nie...
cerita ni tiap ary ahad jeke? :P