Skip to main content

Blog Bergaya di Google dengan Sitelink

Alhamdulilah, tanpa aku sedar blog aku yang tak berapa nak hensem ni dah ada sitelink dari google. hoho.*cewi

kalau di tanya penting ke sitelink ni?
Google memberi Sitelinks kepada blog yang mempunyai prestasi. Secara tak langsung menambah kredibiliti blog tersebut. Pengguna internet juga lebih mempercayai blog yang mempunyai Sitelinks kerana ianya menampakkan ciri-ciri blog atau laman web yang hebat, menarik dan bermutu. Oleh itu, mana-mana blog yang mempunyai Sitelinks akan menerima lebih banyak klik dari Search Engine Results Page (SERP), mengikut terma carian yang menghasilkan Sitelinks. Selain itu, Sitelinks juga memberi lambang identiti tersendiri bagi sesebuah blog. sumber : http://www.teratakusang.com

seperti yang anda lihat di dalam gambar tu, ada gambar abang hensem kan. kalau yang belum tahu itulah gambar dari google+ aku. gambar itu akan muncul setiap kali ada carian ke blog kita. kalau berminat, anda boleh la rujuk google webmaster untuk membuatnya.



cuma satu je aku tak puas hati lagi, iaitu berkenaan dengan Rich Snippets. aku dah buat setting untuk rich snippets, tapi rasanya tak menjadi. entah dimana silapnya. hu.. kepada otai mahupun pro di luar sana, bantulah adik mu ini. pening kepala dah tengok coding. hoho


Comments

Unknown said…
apa yang tak menjadi rich snippet tu? aku tak paham la. huhuhu sebab aku punya pon macam kau kat atas tu. huhuhu
Unknown said…
pasal ni ke bro?

Warning: Missing required field "updated".
huhu.sepatutnya rich snippet ada dalam kawasan kat kotak tu.. tapi x ada pulak. entah silap tang mana.
Unknown said…
aku ucapkan tahniah .
sitelink membantu sebenarnya ..
ia memudahkan pengguna mencari entri yang terpapar di ruangan carian pertama dengan mudah .. Jadi bab rich snippet kena refer semula master SEO , atau google je .. :]

Popular posts from this blog

Mak Mudim Tukang Sunat yang Cun - 18SG

Cuti sekolah ni memang sesuatu yang nikmat bagi budak-budak sekolah, masa ni lah nak pergi jalan-jalan, mandi sungai, melancong, makan nasi kenduri, dan lain lain. tapi ada jugak yang ambil kesempatan cuti sekolah nih untuk bersunat / khatan. berkhatan sekarang tak macam dulu silap cara mau bentan sebulan haha., sekarang dalam berapa hari ja dah boleh berlari. ini aku nak kongsikan

JIKA AKU PELAKON POPULAR

Segmen : Jika Aku Pelakon Popular ...... Alkisahnya, semasa buat rondaan bersekutu dari bolg ke blog, sampailah ke blog Mak Dara   yang mengugguli anugerah Worst Blog Of The Year baru baru ni di Worlds Blogger & Social Media Awards 2012. Dia ada buat segmen berkisarkan industri seni lakon. almaklumlah orang industri perfileman katakan.. jom jawab soalan ringkas yang ditanya dalam segmen ini. Mak Dara Tanya : Nama glamo

Movie Ustaz Mu Tunggu Ku Datang

Ustaz Mu Tunggu Ku Datang | Filem Ustaz Mu Tunggu Ku Datang yang menampilkan Ajak dan Sharol SHIRO baru sahaja mulakan ditayangkan pada hari ini (28/11/2013) di pawagam. Seperti tak biasa, aku pun turut sama menyaksikan ustaz mu tunggu ku datang full movie di pawagam  GSC Amanjaya dengan my brother yang besday dia hari ini jugak. Secara keseluruhan ok lah movie ni. Apa yang hendak disampaikan oleh Piree Andre (macam mana nak eja?) sampai kepada penonton. Tahniah kepada tuan pengarah. Banyakan lagi filem dakwah macam ni banyak banyak. Kepada anda yang belum menonton, boleh la pergi menonton di pawangam GSC yang berdekatan. Sudah sudah la tu download movie kat internet. . .  hehe Sedikit Sinopsis Ustaz, Ku Tunggu Mu Datang. Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang mengisahkan seorang pemuda iaitu Dadu (Shahrol Shiro) yang tidak mempunyai hala tuju hidup. Dia sering dibuang kerja dan tidak pernah serius dalam hidup. Tinggal serumah pula dengan Muiz (Ajak Shiro) yang turut b...