Skip to main content

Contest : Dhuha: Ada kelebihannya !

Kelebihan Dhuha

Setiap amalan ibadah walaupun sunat tetap ada ganjarannya di sisi Allah swt. Cuma kunci untuk memperolehi kelebihan dan ganjaran dalam setiap ibadah ialah ikhlas. Jadi sebelum di terangkan bagaimanakah caranya untuk melakukan solat dhuha ini, mari kita sama sama lihat kelebihan dhuha

contest kelebihan dhuha
gambar dari gugel

  • Kelebihan Dhuha sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya :  “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan. 
  • Di ampuni dosanya walaupun seperti buih di lautan  “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
  • Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas” (Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)
  • Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).

Contest : Dhuha: Ada kelebihannya !


Mudahnya Solat Dhuha

Cara Ringkas Sembahyang Sunat Dhuha :
Rakaat : 2,4,6 hingga 12

Waktu : 10 pagi, atau antara 7am - 1pm petang sebelum waktu zohor, “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

1. Rakaat Pertama "Allahuakbar" & Niat dalam hati :
++ "Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
++ Baca Alfatihah hingga akhir
++ Baca Surah, pendek pun takpa. (paling elok surah As-Syams )

2. Rakaat Kedua
++ Baca Alfatihah
++ Baca Surah, pendek pun takpa. (paling afdhal surah Addhuha)
++ Tahiyyat akhir & Beri Salam..

3. Doa
++ Mohon Allah murahkan rezeki kita..berkati kerja kita.
++ Doa apa sahaja..mengadulah pada Allah

 cara mudah hafal doa dhuha

Walaupun entry ini adalah untuk contest : dhuha : ada kelebihannya, ianya bagaikan aku menerima satu tepukan deras di dahi aku yang seakan akan melupai solat sunat dhuha ini. terima kasih kepada penganjur contest Pena ISLAM untuk menganjurkan contest seumpama ini, sekurang kurangnya boleh di jadikan panduan dan rujukan untuk aku dan keluarga aku di masa akan datang untuk memahami fadhilat dan kelebihan dhuha.



Comments

unsecretostory said…
Alhamdulillah . Satu perkongsian amat bermanfaat :)
ikaa said…
wahhh bgus nie....
ecadwinkyasha said…
minta kawan-kawan g+ kan entry ini..ping kat google+ juga ;)
kinara kinatara said…
like..good sharibg..good contest:)
ecadwinkyasha said…
gua da join contest ini.tunggu entry jam 7pagi ye....hahaha XD

langit hitam said…
tahniah..sila rujuk sini
http://penaislam2u.blogspot.com/2012/12/pengumuman-pemenang-contest-dhuha-ada.html

Popular posts from this blog

Kitab Injil yang Sebenar di temui

Sebuah Kitab Injil yang mengandungi ramalan bahawa Nabi Muhammad saw bakal muncul di akhir zaman telah mencetuskan minat daripada Vatican, pusat keagamaan bagi Kristian bermazhab Katholik. Pope Benedict XVI sendiri teruja untuk melihat isi kandungan Injil yang dikenali ‘Gospel of Barnabas’ itu. Injil yang bertinta emas dan keseluruhan menggunakan bahasa ibunda Nabi Isa as, bahasa Aramaic dianggarkan berusia lebih daripada

Mak Mudim Tukang Sunat yang Cun - 18SG

Cuti sekolah ni memang sesuatu yang nikmat bagi budak-budak sekolah, masa ni lah nak pergi jalan-jalan, mandi sungai, melancong, makan nasi kenduri, dan lain lain. tapi ada jugak yang ambil kesempatan cuti sekolah nih untuk bersunat / khatan. berkhatan sekarang tak macam dulu silap cara mau bentan sebulan haha., sekarang dalam berapa hari ja dah boleh berlari. ini aku nak kongsikan

Gambar Permainan Anak Gadis di Rusia

Anak anak gadis di rusia telah menemui permainan baru untuk memenuhi masa lapang mereka. Permainan ini menguji kelajuan nafsu adrenalin yang mengalir dalam tubuh mereka yang putih melepak tu. Aku harap gadis gadis kat malaysia ni masih ada lagi benda untuk bermain. Buat benda benda yang berfaedah contohnya berblog ke..jangan di tiru pulak bebudak rusia ni. Sayang betul kalau muka lawa macam awek kat atas tu tapi cacat atau mati muda disebabkan main benda ini. Jom lihat apa yang gadis gadis rusia ni main.