Skip to main content

Posts

Malaysia u21 Juara News Paper Cup 2012

Gambar dari facebook.com/espnstarsportsmy  Skuad Harimau Muda telah berjaya menumpaskan Vietnam dengan jaringan 1 - 0. Jaringan yang di sempurnakan oleh Hazwan Bakri.  Tahniah Harimau Muda!

Malaysia U21 vs Vietnam U21 Final Vietnam Newspaper Cup 2012

Malaysia U21 vs Vietnam U21 Final Vietnam Newspaper Cup 2012  Tahniah kepada pasukan bola sepak kelantan atas kemenangan malam tadi. Kita masih lagi dalam mood bola. Malam ini pada pukul 7 malam, Harimau Muda akan beraksi di pentas final news paper cup 2012 vietnam.  Live Streaming Malaysia U21 vs Vietnam U21 Final Vietnam Newspaper Cup 2012 Keputusan : Malaysia 1 - 0 Vietnam  

Contest : Dhuha: Ada kelebihannya !

Kelebihan Dhuha Setiap amalan ibadah walaupun sunat tetap ada ganjarannya di sisi Allah swt. Cuma kunci untuk memperolehi kelebihan dan ganjaran dalam setiap ibadah ialah ikhlas. Jadi sebelum di terangkan bagaimanakah caranya untuk melakukan solat dhuha ini, mari kita sama sama lihat kelebihan dhuha gambar dari gugel Kelebihan Dhuha sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya :  “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.  Di ampuni dosanya walaupun seperti buih di lautan  “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi) Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas” (Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi) Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW

Atm vs Kelantan Live Streaming 20.10.2012

atm vs kelantan live streaming Bagi rakan rakan yang tidak dapat menonton siaran langsung perlawanan atm vs kelantan dalam final piala malaysia akibat astro jem sebab hujan etc, anda boleh la menonton secara live streaming atm vs kelantan di link yang disediakan. Kelantan vs Atm Final Piala Malaysia Link 1 Link 2 *Please Bookmark Now*

First Impression Blog dari Eyriqazz

Semalam pakcik brader Eyriqazz GTO  telah sudi untuk membuat First Impression untuk beberapa blog di laman Facebook beliau. Dan seperti biasa aku la yang first komen, nampak tak cucuq jawa tok aku kat atas tu. hehe dan ini adalah komen pandang pertama  Eyriqazz terhadap blog aku. Terima kasih kepada beliau. aku akan cuba praktikkan nasihat yang diberi. Apa pendapat anda pula tentang First Impression terhadap blog aku ini?

Cara Mengunakan Nuffnang X

Baru baru ini nuffnang telah melancar satu aplikasi web pintar yang diberi nama NuffnangX. NuffnangX ini lebih mirip kepada  aplikasi web sosial seperti Facebok. Ini memberi peluang kepada seluruh penguna blog di malaysia dan nusantara untuk sama sama berkomunikasi dengan mengunakan aplikasi ini. untuk memahami apa itu nuffnangX, anda boleh la menonton video di bawah ini. Lepas tengok video ni, baru aku tahu cara sebut nuffnang dengan betul. hehe   Cara mudah mengunakan nuffnangX Sebenarnya Nuffnang sendiri telah menjelaskan bagaimana untuk mengunakan NuffnangX di blog mereka. Jadi anda boleh la membacanya di sini Panduan Mudah Mengunakan NuffnangX

Eca Year End Giveaway #1

Blogger Underground Popular , Siti Ashah telah menganjurkan Year end GIVEWAY.! aku ingatkan year end sales rupanya giveway. hm. amat menarik! Jadi tunggu apa lagi jangan lepas kan peluang untuk mendapatkan hadiah hadiah menarik daripada beliau. Year End's Giveaway&Contest oleh  ecadwinkyasha.com  ditaja oleh    jijieasriella.com  ,  zafikstory.blogspot.com ,  mialiana.com ,  sop.name.my  ,  duniashida.com  , syaisya.com ,   aziazidah.blogspot.com  ,  www.kisahemasputih.com  ,  hazwanhairy.com  , nugrulsakura.blogspot.com ,   greennnpandacraft.blogspot.com  ,   mymatatajam.blogspot.com , akuayut.blogspot.com  ,  hotchouz.blogspot.com

Malaysia VS Hong Kong Live Streaming 16.10.2012

Malam ini akan berlangsungya perlawanan persahabatan bolasepak di antara Malaysia VS Hong Kong . Untuk rakan rakan yang tidak dapat menyaksikan perlawanan Malaysia vs Hong kong di kaca TV, anda boleh la menonton nya di Live Steraming yang di sediakan. Malaysia vs Hong Kong 16.10.2012 Link

Fungsi Arahan DOS dalam Sistem Jaringan Komputer

Berikut adalah nama serta fungsi perintah atau arahan DOS dalam sistem jaringan komputer. untuk melaksanakan perintah tersebut anda haruslah mengunakan MS DOS Prompt dahulu. ipconfig /all Menampilkan informasi dalam sambungan rangkaian, misalnya Host Name, Primary DNS Type, Ethernet Adapter LAN. ipconfig /displaydns Menampilkan DNS Cache. ipconfig /flushdns Menghapus DNS Cache ipconfig /release "Menghapus" semua connection IP Address. ipconfig /renew Membuat IP Address baru untuk adapter tertentu. ipconfig /registerdns Melakukan refresh DNS dan meregister kembali sambungan kepada DNS. ipconfig /showclassid Menampilkan maklumat mengenai DHCP Class. ipconfig /setclassid Mengubah DHCP Class ID control netconnections Menampilkan Network Connection. tracert Menampilkan maklumat IP Address route. netstat Menampilkan maklumat sambungan TCP/IP yang sedang aktif. route Menampilkan local route. hostname Menampilkan nama komputer.

Kertas Warna Merah Bloglist 2.0 | SEGMEN

 Entry Melekat Kertas Warna Merah Bloglist 2.0 dah lama aku tak buat segmen, baiklah segmen kali ini adalah untuk mencari senarai Bloglist untuk Blog Kertas Warna Merah ini. Aku nak buat simple simple je segmen ni, so harap anda semua sudi sudikan lah diri untuk join. Syarat- syaratnya : Buat satu entry ringkas tetapi terbaik oleh anda mengenai segmen " Kertas Warna Merah Bloglist 2.0 " ada hadiah untuk entry ringkas terbaik. - anda bebas untuk menulis mengenai cadangan, dan kritikan untuk blog ini. Terpulang untuk anda untuk letak banner atau tidak. tiada paksaan, kalau anda rajin nak letak, cuma copy je header blog kat atas tu dan paste di entry anda. Follow blog ini Letakkan Url penyertaan anda di bahagian komen Promote kaw kaw bagi orang ramai join supaya jadi Top Referrer. Strategi terpulang kepada anda. Semua peserta yang terlibat akan di senaraikan di dalam Bloglist KWM Saguhati untuk Top Referrer dan Entry Ringkas Terbaik Top Referrer = RM

Blog Anda Mesra SEO atau Tidak?

Blog anda mesra seo atau tidak? Ya, SEO bukan hanya sekadar keyword. tetapi juga blog. Blog yang dikatakan mesra SEO juga memainkan peranan yang penting untuk SEO. Uji SEO Blog anda dengan SEO ANALYSER SEOANALYZER adalah laman web untuk menguji sejauh manakah blog anda mesra SEO. Blog anda akan dinilai dengan jumlah score yang akan di perolehi, sebagai contoh gambar di bawah. Score SEO untuk blog aku yang tak brapa nak hensem ini hanya 60% . dan jika blog anda melebihi tahap warna hijau, itu menunjukkan blog anda mesra SEO.! Dengan result dan score yang ditunjukkan, anda boleh la memperbaiki mutu SEO blog anda dengan berpandukan warning! dan  note!  Aku pun masih lagi customize blog aku untuk mencapai tahap warna hijau. Masih jauh lagi . . . ..

Antivirus Percuma Terbaik AVG 2013

Bercakap mengenai antivirus, banyak pendapat mengenai Antivirus . Ada yang suka ada yang tidak. Ada yang bagus ada juga yang tidak bagus. Ramai juga orang sangka Antivirus yang MAHAL adalah lebih baik, Terpulang kepada individu itu untuk menilai. Bagi sesetengah orang ada juga yang tidak berkemampuan unuk membeli antivirus yang mahal mahal. Dan ini adalah cadangan aku antivirus percuma terbaik yang boleh anda miliki. Produk terbaru daripada AVG iaitu Antivirus AVG 2013 ini tampil dengan antara muka yang cukup berbeza. Fail muat turun yang tidak terlalu besar dan mudah untuk di kendalikan. AVG 2013 ialah Metro Untuk tahun 2013 ini, Antivirus AVG mengunakan antaramuka jenis METRO. Ini lebih mudah untuk dikendalikan dan senang untuk dicapai. Sesuai untuk Semua. jika prestasi komputer atau laptop anda kurang memuaskan contoh nya selalu hang atau lambat, aku rasa ini adalah antivirus terbaik untuk komputer anda. AVG antivirus 2013 ini tidak serumit kaspersky dan tidak akan

Entry Berantai | Letak Lagu Dalam Blog

Letak lagu dalam blog? Banyak blogger pemes mencadangkan tak payah la letak, alasannya, berat nak loading dan menyemak halwa telinga. Baiklah itu blogger pemes yang kata!! kita dengar apa pulak pendapat blogger underground   macam aku ni tentang letak lagu dalam blog. 1. Kertas Warna Merah said -  Lumrah irama dan lagu tak dapat di pisahkan, kadang kadang kita nak ekspresikan jiwa kita dengan lagu yang bermakna. bagi aku tak salah nak letak lagu dalam blog, tapi kena jagalah konsep. takkan nak letak lagu trash metal kan. terkujat abang dan kakak bila bukak blog. hehe. 2. Pari Pari Putih . Forward to Pari Pari Putih . Aku dibesarkan dengan lagu... bagi aku lagu selain boleh memberi aku ilham dalam apa jugak yang aku lakukan, ia boleh memberi aku semangat untuk menjalani kehidupan aku... dengan lagu jugak aku bisa tertawa dan menangis... kerana disetiap lagu ada ceritanya... 3. Nur Ikaa Forward to Nur Ikaa --------------------------------------------------------------

Bahagiakan Hati dengan Sahabat Sejati

Sahabat. sesuatu yang manis untuk di ungkap dan diceritakan. Sesuatu yang indah bila di kenangkan. Itulah sahabat. Rasulullah saw pernah berpesan: “Agama seseorang itu terletak di atas agama atau jalan yang dipilih oleh rakannya”. Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dalam memilih siapa yang harus dijadikan sahabat. Syukur alhamdulilah, sepanjang aku hidup di dunia ni, ada sahabat yang senantiasa mewarnai hari hari aku. Susah senang bersama. gelak tawa menangis bermanja bersama. Dalam dunia blogger ni pun aku juga ada sahabat baik. naen, sha, lini, ika, farah, nadea, umi dan lain lain lagi. Walaupun tak pernah bersua secara realiti tetapi cool macam dah kenal sejak kecil. zul, mamu, paklong, oyong, nama nama ini juga sentiasa ada dalam ingatan walaupun sudah jarang bersua. hance, apis, syahir, zam, jep..i mish u!! gjun, burn, faiz, toce for everything!! hargailah sahabat, sahabat yang membahagiakan, sahabat yang menceriakan, sahabat yang tenteramkan jiwa.

Nostalgia Cucur Jawa Special Edition

Teringat zaman muda mudi dulu, ada 1001 kenangan pahit dan manis. sekarang hanya mampu di sisipkan sebagai kenangan terindah yang pernah ada dalam lipatan memori. sekarang sejauh mana kita nak menghargai memori dan pengalaman yang mematangkan kita? Tepuk dahi tanya diri sendiri. Baru baru ini NENDA aku yang tersayang buat comeback dengan membuat kuih CUCUQ JAWA.! kuih paling nostalgia bagi aku. Teringat zaman tingkatan 1 - 3 aku bersekolah di kampung. pagi pagi lagi Nenda aku ni dah bangun untuk buat kuih ni. Sebelum pergi sekolah, aku sebat dua tiga bijik kuih ni sebagai bekal untuk makan sambil kayuh basikal ke sekolah. huhu. cucur jawa special edition Kuih ini adalah kuih paling popular dalam family aku. semua anak cucu cicit dia mesti suka cucur jawa ni. Rasa dia berbeza dari kita beli di kedai. Thank kiut my Nenda!!!

Running Man 115 | Preview

Selepas spoiler dari Running man 115 kini anda boleh la menonton Preview Running man 115 Dalam episode kali ini TVXQ menjadi artis jemputan dan Moon Geun Young masih lagi menjadi tetamu running man. TVXQ muncul dengan menaiki helikopter , dan mereka juga menunjukkan tarian khas kepada ahli running man. Amacam? dah tak sabar untuk Running Man 115? sabar ianya akan on air pada 14.10 ni. so layan dulu Running Man 114 tetapi masih lagi RAW lah. Sebelum tu, aku nak jemput anda semua join segmen aku Bloglist Kertas Warna Merah 2.0 . kenapa 2.0? sebab ni kali ke dua aku buat segmen untuk bloglist..

Apa itu Google Sitelink untuk Blogger Baru

Kita masih lagi dengan sitelink selepas entry yang *cewi ini "Bergaya di Google dengan Sitelink" tapi kali ini aku bukan nak show off atau nak jadi lebih cewi. Tetapi aku nak jelaskan apa itu google sitelink . Hasil dari pembacaan aku, Sitelink adalah l ink-link yang muncul dibawah nama blog atau website hasil carian di google search. Sebagai contoh lihat gambar dari entry cewi ini Link . Google sitelink adalah sama tetapi tidak serupa dengan Google Pagerank ini adalah kerana tidak semua blog atau website mendapat sitelink dan google juga tidak menjelaskan bagaimana cara untuk sesuatu blog atau website itu untuk mandapatkan sitelink. Google Sitelink juga sama seperti seperti pagerank iaitu sentiasa di update oleh Google. Links pada Google Sitelink berkemungkinan akan bertambah, berkurang mahupun hilang jika blog yang dinilai itu tidak diupdate. Cara mendapatkan google sitelink 1. Pastikan blog anda sudah daftar di google 2. Terapkan SEO dalam Blog dan Pe

Blog Bergaya di Google dengan Sitelink

Alhamdulilah, tanpa aku sedar blog aku yang tak berapa nak hensem ni dah ada sitelink dari google. hoho.*cewi kalau di tanya penting ke sitelink ni? Google memberi Sitelinks kepada blog yang mempunyai prestasi. Secara tak langsung menambah kredibiliti blog tersebut. Pengguna internet juga lebih mempercayai blog yang mempunyai Sitelinks kerana ianya menampakkan ciri-ciri blog atau laman web yang hebat, menarik dan bermutu. Oleh itu, mana-mana blog yang mempunyai Sitelinks akan menerima lebih banyak klik dari Search Engine Results Page (SERP), mengikut terma carian yang menghasilkan Sitelinks. Selain itu, Sitelinks juga memberi lambang identiti tersendiri bagi sesebuah blog. sumber : http://www.teratakusang.com seperti yang anda lihat di dalam gambar tu, ada gambar abang hensem kan. kalau yang belum tahu itulah gambar dari google+ aku. gambar itu akan muncul setiap kali ada carian ke blog kita. kalau berminat, anda boleh la rujuk google webmaster untuk membuatnya. cuma satu

Running Man 115 | Spoiler

Hmm..hari ini aku update cerita pasal Running Man je kan. semoga korang semua tak bosan la eh. kalau tadi aku cerita mengenai preview running man 114 kali ini pulak aku nak cerita mengenai Running Man episode 115 yang akan on air pada 14 oktober 2012 ni. Pelakon Moon Geun Young akan beraksi lagi dalam episode 115 ini selepas running man x-man 114 . Tapi kali ini dia tak keseorangan kerana dia akan ditemani oleh 2 jejaka dari TVXQ! iaitu Changmin dan Yunho . ( jangan tanya aku, aku tak kenai depa aku kenai Tasha Shila ja ) Untuk episode ini, peminat peminat di seluruh dunia mugkin akan teruja apabila Monday Couple dan Easy Brother akan kembali.  Berikut adalah pecahan kumpulan untuk running man 115 : Black Team : Yunho [TVXQ], Yoo Jae Suk Green Team : Changmin [TVXQ], HaHa Blue Team : Moon Geun Young, Kim Jong Kook Red Team : Monday Couple - Song Ji Hyo, Kang Gary Grey Team : Easy Brothers - Lee Kwang Soo, Ji Suk Jin gei (haha ) pic from http://rmspoiler.tu

Running Man Episode 114 | Preview

Running man 113 minggu lepas dah tengok?, kalau yang belum tengok boleh la terjah page ini Running Man 113 . Ini pulak adalah preview running man episode 114 dan akan on air di korea pada 7.10.2012, esok la makna nya. so kalau nak tunggu english sub dia maybe dalam 48 jam la kot. Tetamu dalam episode ini ialah Moon Geun Young. aku pun tak kenal sapa dia. yang aku kenal Tasha Shila ja. (hehe)   Moon Geun Young Perlumbaan kali ini di beri nama X-MAN RACE. mungkin ini menjadi nostalgia buat sparta dan haha sebab diorang ni pun pernah popular di X-MAN

Segmen : Follow And Follow

Segmen daripada blogger sabahan, Qaleshya Umairah. Tamat pukul 12.00 malam ni, so sapa nak join sila klik banner kat atas tu.. ^^

Cara kesan dan Buang Malware di Blog Members

Asalamualaikum..  Entry lepas aku ada tunjukkan cara cara mengesan blog dijangkiti virus atau malware . Dan ada respon dari cik Farisya dan en. Muhazadin. Untuk blog farisha , blog anda di detect sebagai <suspicious> kerana dalam blog anda terdapat 2 hidden link. Hasil dari result ianya menunjukan dari widget cbox anda. umum semua kita ketahui cbox mengunakan script IFRAME so, farisha x payah la risau, blog anda <suspicious> kerana adanya script IFrame tu, bukan nya malware. Untuk blog Engku Muzahadin pulak. Blog anda terdapat 3 suspicious inline script. dan 2 Hidden link. ini bermakna blog tuan mybe menggandungi malware. maknanya tuan kena cari 3 script yang mungkin membawa malware. Jika tuan scroll ke bawah skit, ada laporan tentang script tu. berpandukan dari script yang dia bagi tu, boleh la tuan cari dan buang script berkenaan. kat mana nak cari? cari kat Edit HTML. mana la tau kan kot kot datang nya dari widget yang entah dari mana yang tuan ambil dan

Cara Mengesan Malware atau Virus di Blog Anda

Asalamualikom!, kom apa, kombat, bat apa batman, man apa mentol tol, tol apa tolak, lak apa, laksa, sa apa, satu, tu apa tunang, nangka apa, nangka, ka apa, kayu, yu apa, yu bodo. hehe. abaikan lagu retro klasik di atas, Pernah tak blog anda mengalami jangkitan selsema malware.? blog kertas warna merah ini juga pernah terkena jangkitan selsema malware. punca nya ialah daripada gambar yang di upload ke dalam entry tu dari laman web yang berpenyakit. Jadi macam mana nak pastikan blog anda itu suci daripada jangkitan malware ataupun virus.? sebenarnya kita boleh kesan andai kata blog kita terkena malware atau virus dengan mengunakan online scanner. berikut adalah laman yang boleh anda gunakan untuk mengenalpasti virus atau malware di dalam blog anda. http://www.urlvoid.com - Untuk mengesan VIRUS http://www.unmaskparasites.com - Untuk Mengesan MALWARE Google Webmaster - ada tool untuk scan malware Apa yang harus di buat jika Di JANGKITI Selalunya apa yang an

SEO Contest Extravaganza by Syaifuddin Alias

Berita baik untuk semua blogger, satu contest yang berkonsepkan SEO CONTEST akan di anjurkan oleh blogger Syaifuddin Alias dari blog http://www.spudinpunya.com/ contest seo extravaganza yang di anjurkan oleh SP ini bagi aku satu peluang yang baik untuk blogger blogger baru atau yang sedang membangun di luar sana untuk menambah ilmu tentang SEO. oleh itu untuk menjayakan contest seo extravaganza ini, SP sekarang tengah mencari Sponsor untuk contest tersebut. jadi untuk rakan rakan blogger yang berminat boleh la menghubungi SP di spudin93@yahoo.com. Kelebihan Sponsor Backlink bayangkan kalau 1000+ yang masuk bertanding, tak ke ohsem tu.. huhu. tambah tambah kalau ramai blog PR tinggi join.bayang kan~~~~ Untuk maklumat lanjut mengenai contest dan tatacara menjadi sponsor boleh la ke laman beliau Pencarian Sponsor Contest SEO Extravaganja atau klik je banner Harapan aku semoga contest seo ini akan berjaya. Antara Entry Contest dari SP : http://kertaswarnamerah.b

Pembunuhan Paling Tragik Pernah di Rakam

AMARAN : JIka anda sedang memakan megi atau mee, jangan sampai terkeluar dari hidung anda...

Penjelasan Ringkas Apa itu SEO Off Page

Entry yang berkisarkan tentang SEO kali ini ialah berkenaan dengan teknik SEO Off Page . Khusus untuk rakan rakan yang baru berjinak jinak dengan dunia blogging, aku akan cuba jelaskan dengan mudah untuk di fahami tentang teknik SEO Off Page.   SEO Off Page ini ialah apa saja cara / teknik yang dapat menaikkan pagerank dan mempengaruhi ranking blog kita di search engine. Teknik SEO Off Page dengan Backlink Backlink boleh dikatakan perkara asas dalam SEO selepas Keyword. Dengan backlink, ini akan menentukan blog kita ini popular di mata engine carian seperti google, yahoo, bing dan sebagainya. Semakin banyak link yang menuju ke page atau blog kita, robot akan menganggap content blog kita penting dan berguna untuk di paparkan di carian search engine. Bagaimana Backlink Backlink boleh dilakukan dengan - Komen - Entry rakan - Daripada Forum - Pertukaran Feed , Bloglist di antara blogger yang lain. - Signature Email, Forum. - DLL. Sebenarnya, teknik ini mungkin dah lam

Surat Mr. Bean Kepada Bill Gates

PERLIS, I Miss You ! I Really Mean It - Parody

See the tajuk ? bahasa jeruk. Almaklumlah aku kan BELIA . :3 okey!! Lagi sehari aku ada dekat rumah, bilik, katil, jamban kesayangan aku. WWE la kena balik awal awal. Macam Tutti Frutty. Korang korang, please la stay dekat Perlis. Seriusly Ohsem OK... Macam syurga dunia *mula merepek macam tempeyek. :p Cuaca panas? biasa la tu.. nak sejuk sila ke pluto . Biar kulit hitam jangan hati hitam . Amoi? gelaran tu aku bangga gila bila dapat. Lahai , Lahai, memang tak rela nak tinggalkan perlis. Swear.! masa darjah 2 sampai darjah 5 aku stay kat perlis. oh aku merindui waktu itu. rindu nak jelajah bendang, tangkap ikan karin, tangkap belalang.. kayuh beskal masa nak pergi sekolah arau, sembahyang jumaat kat masjid arau. main layang layang dan macam macam lagi.. huu... Really Miss You..

Gangnam Style | Siti Nurhaliza Fan Parody

Siti Nurhaliza menari tarian kuda Gangnam Style ? tidak lah, Takkan lah Siti Nurhaliza yang kita anggap sopan santun ( maybe ), lemah lembut tu nak terkinja kinja menari Gangnam Style kan. hehe.. Sebenarnya Video Parody ini di hasilkan oleh SITIZONER . Peminat fanatik siti nurhaliza. Aku pun teruja la jugak nak tengok sebab sampai KOSMO! pun ada tulis pasal gangnam style versi siti nurhaliza .   Video yang di maksudkan Lepas ni SITIZONER boleh kawteam dengan KYOPROPAGANDA untuk buat parody yang lebih ohsem. ^^ tak boleh nak bayangkan siti menari tarian kuda tu

Dari Blogger Untuk Blogger

Ini hanya sekadar pendapat aku. Pernah terfikir tak, kenapa kita berblogging? hanya sekadar untuk di jadikan diari atau hanya sebagai lubuk duit yang tak pasti? Aku lebih suka anggap Blog sebagai NOVEL , bukan nya DIARI . Ye la kan, Novel semua orang boleh baca kalau diari sorang sorang diri je baca. Ada orang mungkin suka dengan blog kita, mungkin ada yang tidak. Bergantung kepada hati orang yang membacanya dan pembawaan penulis blog itu sendiri. Tujuan Blogging Jika di tanya tujuan, macam macam lah jawapan yang kita dapat. Semua ada visi dan misi dalam berblog. ada yang nak terkenal lah, yang nak buat pendapatan sampinganlah, luahkan perasaanlah dan macam macam. Macam aku jugak, aku berblogging sebab aku minat menulis. Cita cita zaman sekolah dulu aku nak jadi macam A,Samad Said. hehe.. Tulis apa saja yang kita mahu. Tulis lah apa saja yang anda rasa nak tulis, asalkan tidak melanggar hukum syariat. Jangan malu dengan kutukan dan pandangan sinis rakan rakan.mereka saja

Kamen Rider Wizard Episode 2 Subbed - Showtime.!!

Watch kamen rider wizard episode 2 english sub here. Subbed by Overtime. Thanks for Toku.!

Kualiti Atau Kuantiti dalam Penulisan Blog

Zaman internet dan dunia cyber yang serba canggih ni, Blog memang sudah tidak asing lagi. Setiap hari mesti ada 10000000++ atau lebih blog baru yang di hasilkan. Di Malaysia, arena Blog juga semakin pesat berkembang. Semakin ramai rakyat Malaysia gemar menulis dengan media elektronik ini di tambah pula dengan kemasukan gadjet gadjet yang memudahkan lagi  penulisan Blog. Kualiti atau Kuantiti. Sebenarnya, dalam penulisan blog ini kuantiti dan kualiti sama sahaja pro kontra dia. Sama juga seperti kita menulis dengan Pena di Kertas. Semakin banyak kita menulis, semakin baik dan berkualiti penulisan yang dapat kita lakukan.   Oh maafkan saya, entry ini terlalu skema. :p Song Ji Hyo Running Man datang Malaysia??

Kamen Rider Wizard Episode 2 - RAW

Kamen Rider Wizard Episode 2 . Showtime!!!! kamen rider wizard episode 2 kalau nak Eng Sub kamen rider wizard episode 2 kena tunggu malam ini atau esok.

Adik Amyra perlukan Bantuan

Adik comel dalam gambar di atas ni bernama Amyra Balqis Binti Jefri . Adik ni sedang menderita Kanser Darah dan Kayap Ular. Jadi jom le kita sama sama bantu adik ni, bagi yang tak berkemampuan Doa pun dah mencukupi. IBU MYRA : HERNA BINTI SELAMAT MAYBANK : 112054047075 CIMB:1601-0020617-52-6 FB IBU MYRA :  https://www.facebook.com/missherna Gambar terbaru dari facebook ibu beliau. Post dari Facebook Ibu beliau. kepada makcik Erna, kuat kan semangat. Besabarlah dangan dugaan ini. Insya Allah anak ini bawa mu ke syurga.

Running Man | Song Ji Hyo di Malaysia

Song Ji Hyo Running Man datang Malaysia ? Biar benar, ? Team Running Man tengah Hide and Seek di Kedah ke? haha. Pernah suatu ketika dulu terdapat rumors yang mengatakan team ni akan datang Malaysia, tapi tak jadi kot atau mungkin hanya Rumors. Berbalik kepada Song Ji Hyo yang datang Malaysia tadi, sebenarnya dia tak datang pun. Sesaje je aku menimbulkan keghairahan korang,. Yang ku nak tulis disini adalah rupa rupanya pelakon dan pelawak terkenal (aku suka dia masa buat lawak) Nora Danish mempunyai wajah seiras-iras Song Ji Hyo dalam Running Man. Nora Danish dalam "Sore Eyes 500 Days MC" (sila youtube) Nak kata fanatik, tak la fanatik sangat aku ni, biasa biasa je. Tapi aku bajet si Song Ji Hyo tu yang tiru gaya Nora Danish. Tak patut betul Song Ji Hyo tu. :p Song Ji Hyo Running Man

HASRULHASSAN.COM | Pencarian 200 Bloglist

Mastergi Blog, Saudara Hasrul sedang membuat percarian Bloglist untuk Blog beliau. Dia cuma nak seramai 200 orang sahaja, so jangan la lepaskan peluang ini. Masa ni la kita nak tumpang tempias backlink dari mastergigi ni. Sebelum tu, nak bagitahu juga, jangan lah kedekut widget bloglist untuk blog blog baru nak naik (beginner). Sudah sudah la ampu Blogger Otai weh! Tgk brader Hasrul releks cool je. tak payah nak ampu2 pun. Duk tak duk terkenal. :p cayalah bro. http://www.hasrulhassan.com  Silent Reader is Ohsem>!

Sebelum Kpop . . . . .

Sebelum Kpop NENEK hang dengaq lagu ni..   Sebelum Kpop TOKWAN hang dengaq lagu ni.. Sebelum Kpop ABAH hang dengaq lagu ni.. Sebelum Kpop MAK hang dengaq lagu ni.. Sebelum Kpop ABANG hang dengaq lagu ni.. Sebelum Kpop KAKAK hang dengaq lagu ni..

Kamen Rider Wizard. Henshin.!

2 September lepas, semua peminat Kamen Rider di seluruh dunia telah menonton tayangan episode pertama siri terbaru Kamen Rider Wizard . Aku pun sangat teruja dengan siri terbaru dari Hensei ni. Komen aku untuk episode 1 pertama ni?   1. Baju semart la jugak. 2. Awek dalam siri ni cun (Rinko tu cun oooo...). 3. Style suara driver macam OOOs sikit. 4. Silver bullet macam D.M.C 5. Member haruto (KRW) Koyomi dan entah sapa lelaki (yang buat cincin) dalam rumah tu dah macam style dari Decade. 5. Phantom bole tahan kuat. teringat kat Undead. komen lebih lebih pun tak guna, bagi yang belum tengok. jom tengok. huhu. English Subtitle nih. eh, Malay Sub ada jugak ke? kalau ada orang buat inform2 la ye.. huhu.

#SaveJejai : Penulis Blog Teratakarmo Perlukan Bantuan

Tadi aku dimaklumkan Brader Jejai dari Teratakarmo menghidap penyakit kanser paru-paru stage 4. Oleh itu mohon bantuan dari rakan rakan blogger untuk sama-sama ringankan beban family Brader Jejai yang kos perubatan semakin meningkat. Untuk maklumat lanjut boleh rujuk entry EYRIQAZZ Bantuan boleh dihulurkan ke akaun ini :   Maybank Acc Je Jai : 164351079691  (Azhar Bin Ramli) Maybank Acc   Acc No : 164089741562  (wife Je JAI ,Mazliana Othman ) Dah lama jadi stalker secara indiependent blog Teratakarmo, tak sangka betul pemiliknya sedang bertarung nyawa. Semoga Allah permudahkan.Amin

Buruan Emas Datuk Lee Chong Wei dalam Olimpik London 2012

BADMINTON / Men's Single Final Olympic 2012 kali ini menampilkan jaguh Asia Tenggara Datuk Lee Chong Wei yang akan menantang Lin Dan . Pastinya debaran pingat emas atau perak yang bakal di kalungkan di leher Datuk Lee Chong Wei dikongsikan bersama oleh semua Rakyat Malaysia. Pastinya Lin Dan bukannya lawan yang mudah buat Datuk Lee Chong Wei , tapi apa apa pun semoga Datuk Lee Chong Wei mempamerkan aksi yang menarik malam ini. 

Misi Balas Dendam Lee Chong Wei ke atas Lin Dan

Lin Dan boleh di katakan musuh tradisi bagi Datuk Lee Chong Wei, masih ingat tak Olimpik 2008? kemenangan pada waktu itu berpihak kepada Lin Dan dan sudah semestinya Datuk Lee Chong Wei akan memastikan peristiwa tewas di Beijing tak akan berulang di London 2012. Apa apa pun kita nantikan Perlawanan Akhir Datuk Lee Chong Wei vs Lin Dan. Mengimbas pertemuan pada final Sukan Olimpik 2008, Chong Wei berkata keadaannya kini berbeza ketika lawannya beraksi di gelanggang sendiri dan kini Arena Wembley adalah gelanggang berkecuali. Bagaimanapun, Chong Wei mengakui beliau kini mula rasa tertekan sama seperti sebelum menemui Lin Dan pada perlawanan akhir di Beijing pada 2008. Mengikut statistik, Lin Dan mempunyai kelebihan ke atas Chong Wei dengan memenangi 20 daripada 29 pertemuan antara mereka. Pada pertemuan terakhir semasa Kejohanan All England, Mac lepas, Lin Dan mendahului 21-19 pada set pertama dan 6-2 pada set kedua apabila Chong Wei menarik diri akibat kecederaan buku lali.

Lee Chong Wei Mara Ke Final Badminton Olimpik London

Syabas buat Lee Chong Wei yang memenangi Perlawanan Separuh Akhir Badminton Olimpik di London. Kemenangan ke atas Cheng Long tadi menaikkan harapan Malaysia untuk merasa Aiskrim Baskin Robbins Pingat Emas dalam Temasya Olimpik kali ini. Tahniah! Lee Chong Wei meraikan kemengan keatas Cheng Long dalam Perseorangan Badminton Lelaki Olimpik London. -  Reuters pic

Kesilapan Umum Blogger yang Perlu Di beri Perhatian

Asalamualaikum, tadi aku ada cerita sedikit mengenai ada budak yang baik hati nak bagi aku tudung bawal dalam entri ini.  Sekarang aku rasa macam nak menulis pulak kesilapan yang selalu sangat blogger blogger ni buat. Kesilapan ini memang rasanya agak remeh temeh, tapi aku rasa memang memberi kesan yang besar. Kesilapan yang aku maksudkan adalah semasa kita Follow sesuatu blog, berapa ramai yang letak link blog anda di profile Google Friend Connect.? Aku rasa Backlink di situ lebih berkualiti daripada anda letakkan link di shoutbox. Maka tak hairan lah kalau kita google "Tips untuk terindeks di google" salah satu jawapan yang di beri oleh old timer blogger ialah Follow Blog yang banyak follower. Tapi kalau kita follow saja tanpa letakkan link, tak ke sia sia tu. Lagipun ini akan memudahkan pemilik blog yang anda follow tu pergi ke blog anda. contoh Follower yang

Apakah Itu Tudung Bawal

Asalamualaikum.! Kelmarin ini aku dapat tahu yang aku menang GA FAtin FAtini . Terima kasih kepada diorang yang sudi menghadiahkan aku dengan khidmat random .org. Dalam keseronokan kemenangan yang aku menang Tudung Bawal tu, tiba tiba aku jadi macam nih Tudung Bawal? Macam pernah dengar, tapi macam mana eh..? adakah Tudung Bawal tu Macam ini.

Download Video daripada Youtube dengan Easy Youtube Video Downloader

Asalamualaikum, Selamat berpuasa untuk anda semua. Baju raya dah beli? hoho. Kali ini ada sedikit tips bagaimana nak download video daripada youtube. Kalau yang menggunakan IDM mungkin tak susah sangatkan sebab IDM akan keluar secara automatik jika kita play sesuatu video dari internet.  Selain daripada IDM, Kita juga boleh menggunakan Add-ons daripada Mozilla Firefox. Add-Ons yang sangat best ini adalah Easy Youtube Video Downloader. Apa yang menariknya mengenai Add-ons daripada Mozilla Firefox ini kita di beri pelbagai pilihan untuk dowload sesuatu video dalam pelbagai jenis

Janji Ditepati Menepati Akan Tetapi..

Asalamualikum, sebelum apa apa aku tegaskan belog buruk aku ini bukan belog politik. Politeknik pun jauh sekali. Apa yang di aku tulis ini hayalah sekadar pendapat peribadi, bukannya dipengaruhi / mempengaruhi mana mana pihak. Aku cuma salah seorang Rakyat biasa. Kecoh dekat facebook dan belog belog sekarang ini isu lagu tema Sambutan Kemerdekaan ke 55 Tahun 2012. Bila kita sebut KEMERDEKAAN atau MERDEKA semestinya kita bayangkan semangat PATRIOTIK yang CINTAKAN NEGARA dan KEAMANAN. Salah satu cara untuk mentejermah semangat Cintakan Negara, maka sebuah lagu akan di cipta untuk menaikkan semangat patriotik rakyat. contoh lagu patriotik yang terbaik yang dihasilkan ialah "Merah mu bara semangat Waja" rasanya semua rakyat malaysia tahu lagu tu. TETAPI untuk tahun 2012 sempena

You're The Answer To A Guy Like Me

I Miss Your Stupid Face -_-"

Siaran Langsung Solat Terawih dari Mekkah di Youtube

Buat pertama kalinya di Youtube, kita boleh menonton Solat Terawih dari Makkah secara Live. Perkongsian meraikan kedatangan bulan ramadhan oleh GOOGLE melalui YOUTUBE ini, sedikit sebanyak memberikan ruang kepada kita dan berjuta juta pengguna youtube untuk melihat bagaimana suasana ibadah ini di jalankan di Makkah. Bagi yang ingin melihat keadaan di Makkah pada wak tu ini boleh la melayari link di bawah ini.

Blogger dan Perempuan Cantik - Epilog SEO

Masih lagi tergiang-ngiang jeritan panggilan subuh dari perempuan cantik itu. Kehidupan sebagai blogger kadang kala jua terbabas dari landasan waktu. 3, 4 pagi baru mahu melelapkan mata. bukan apa, waktu itu saja line internet laju. haha. #Blogger ini sentiasa di kelilingi perempuan cantik , di sediakan makan, minum, dan dijaga nya ketika sakit. Kehidupan bagaikan di syurga bila bersama nya, tetapi bila berjauhan, parah kerinduan menikam jiwa. Pada suatu hari ini perempuan cantik yang selalu blogger banggakan menghilangkan diri. puas dicari entah manakan pergi. Dijenguk sana kemari, blogger hairan tidak pasti, kemanakah menghilang perempuan